SEJARAH INJIL PCS UMUM
Kepulauan Borneo atau lebih dikenali
pada masa kini Sabah, adalah sebuah negeri yang sangat bertuah kerana negeri
ini memiliki bentuk muka bumi yang sangat strategik dan selamat untuk didiami
tambahan pula kaya dengan bahan mentah. Kepulauan Borneo berbeza dengan
kepulauan yang ada di sekitarnya, kepulauan ini selamat daripada bencana alam
seperti gempa bumi atau letupan lava meskipun terdapat Gunung Berapai. Gunung
Berapi tidak aktif ini lebih dikenali sebagai Gunung Kinabalu. Hampir semua
orang yang tinggal di kepulauan Borneo ini sumber pendapatan mereka adalah
bercucuk tanam namun tidak seorang pun yang mengetahui akan kesuburan tanah
Gunung Berapi. Sabah kawasan yang terlindung. Angin taufan yang sering melanda
Kepulauan Filipina pada umumnya menjauhi Sabah. Oleh itu, orang menyebut Sabah
sebagai “Negeri Di Bawah Bayu” (Land
below the wind).[1]
Kawasan yang strategik dan selamat
daripada bencana alam adalah idaman para kuasa asing untuk menaklukinya. Pada
80-an abad ke 19 British Chartered
Company telah menguasai sebuah daerah yang dikenali sekarang Kudat. Pada
mulanya kedatangan mereka di tempat ini bukanlah untuk memberitakan khabar
gembira dari Yesus Kristus atau Injil tetapi mereka mempunyai tujuan yang lain.
Mereka tidak mengambil peduli tentang agama kerana bagi mereka agama adalah
urusan peribadi sendiri.[2]
POLITIK DUNIA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM
MISI PENGINJILAN DI BORNEO UTARA
Pada 1949 Mao Zedong (Mao Tse Tung) mencapai
tujuannya dan Parti Komunis mengambil alih kekuasaan di Cina, kesan daripada
itu misi Eropah mengalami perubahan yang mendalam dan penuh penderitaan bagi
orang Kristian di Cina. Aktiviti yang berkaitan dengan Gereja sama sekali tidak
di larang kerana kerajaan Cina yang baru memberikan kebebasan beragama.
Meskipun begitu, terdapat banyak halangan di daerah-daerah itu. Di satu pihak
pelayanan mubaligh diakui di mana mereka dengan nyata meningkatkan
kesejahteraan manusia (dalam perjuangan terhadap penyalahgunaan candu untuk
kesihatan dan pendidikan bangsa, perjuangan terhadap tradisi pengikatan kaki
para wanita dan gadis di rumah-rumah sakit dan lain-lain lagi). Di pihak lain
tekanan kerajaan terhadap semua kebergantungan gereja dan Jemaah kepada lembaga
luar negeri begitu besar sehingga di banyak tempat kerja tidak dapat
dijalankan. Bantuan kewangan dari Eropah hanya dibenarkan apabila dapat
dibuktikan bahawa wang tersebut tidak disumbangkan oleh kerajaan melainkan oleh
“khalayak ramai”. Tenaga kerja warga Cina tidak boleh dibayar dengan saranan
dari luar negeri.[3]
Pada 1950 sebahagian besar utusan
dari Misi Basel meninggalkan Cina. Salah seorang di antara mereka ialah Hans
Bienz dengan isterinya, Puan Rosa. Pada 1950 sepatutnya Hans Bienz sudah mula
bekerja di tempat yang baru di kawasan Hakka tetapi keadaan yang tidak
mengizinkan maka kepimpinan Misi Basel memutuskan untuk memenuhi permintaan Borneo Basel Self-Established Church di
Borneo Utara dan menempatkan pasangan suami isteri ini di sana. Pasangan suami
isteri ini ditempatkan oleh kepimpinan gereja Cina di Pusat Misi lama yang
telah dibangunkan oleh Christian Schule di Kudat.[4]
Tidak lama selepas itu, Hans Bienz
memberitahu kepimpinan di Basel bahawa dalam pelaksanaan tugas barunya dia
berusaha untuk tidak hanya melayani Jemaah yang telah sedia ada tetapi juga
mahu melayani orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Menurut pendapat Hans
Bienz di Borneo Utara masih banyak penduduk yang belum pernah mendengar Berita
Injil. Tindakan dan cadangannya itu amat diragui oleh Kepimpinan Misi di Basel
kerana keadaan kewangan yang begitu mustahil untuk peluasan kerjanya. Tetapi
kepimpinan misi membenarkannya untuk melakukan penyelidikan di pantai timur. Di
sini Hans Bienz mendapat satu peluang yang baik untuk melakukan kerja misi di
antara para pendatang baru dari Cina. Apabila Hans Bienz kembali ke kudat pada
1950 dia melihat jumlah jiwa yang baru sahaja diterbitkan dan tanpa diduga
bilangan penduduk setempat di daerah pendalaman Kudat sangat banyak iaitu
sekitar 20,000 orang. Hal ini pun dilaporkannya kepada Basel.[5]
Hans Benz sering kali melawat
anggota jemaahnya di sekitar Kudat. Dia juga memperhatikan keadaan ekonomi dan
meninjau kebun jemaahnya. Setiap kali dia melakukan peninjauan Hans Benz sering
kali terserempak dan bertemu dengan orang Rungus yang bekerja sebagai buruh
harian. Menurut pendapat orang Cina, mereka menganggap orang Rungus adalah
primitif dan tidak dapat belajar. Tanpa diduga timbul rasa ingin tahu lebih
dalam lagi mengenai bangsa ini.[6]
Hans Benz akhirnya berjaya melakukan
lawatan yang pertama ke sebuah rumah panjang Rungus untuk memberitakan khabar
gembira bersama dengan seorang pembantunya Encik Yong. Kedatangan mereka
disambut dengan mesra dan mereka sangat berharap akan kedatangan mereka
kembali.[7]
Doa serta disusuli dengan perbuatan
akhirnya hasrat Hans Benz dibantu dengan Heinrich Honegger tercapai dimana
mereka berjaya mengkristiankan dalam kalangan orang Rungus. Pada mulanya hanya
beberapa orang sahaja tetapi lama kelamaan angka ini meningkat dari semasa ke
semasa. Penganut Kristian yang pertama dari suku kaum Rungus ialah keluarga En.
Majimil, bapanya En Tuorong dan keluarga En Sikua. Keluarga pertama ini
dibaptis pada 24 Disember 1952 semasa sembahyang menyambut kedatangan Hari
Natal di gereja BCCM Basel Tamalang.[8]
SEJARAH INJIL PCS JEMAAT DANDUN PUSAT
Kemasukan atau perpindahan agama
keluarga pertama di kampung Masangkung mendapat perhatian khusus daripada suku
kaum Rungus. Pada mulanya suku kaum Rungus masih meragui agama Kristian tetapi
lama-kelamaan fikiran mereka berubah kerana mereka melihat rakan-rakan mereka
yang telah menganuti agama Kristian terbebas daripada segala adat istiadat
nenek moyang yang amat merumitkan itu. Contoh adat istiadat nenek moyang suku
kaum rungus adalah terpaksa mengorbankan berpuluh ekor ternakan untuk diserahkan
kepada penunggu supaya dijauhkan dari penyakit dan beberapa benda yang tidak
boleh dibawa masuk ke dalam bilik iaitu jantung pisang, Saging[9]
dan Rolibu[10]. Kepercayaan kuno
ini hanya merugikan kerana dikorbankan begitu sahaja tanpa sebarang hasil maksudnya
sama sekali tidak mendatangkan kesembuhan.[11]
Atas kesedaran tentang kebaikan
perubatan moden yang telah diperkenalkan oleh
missionary, semakin ramai orang Rungus memeluk agama Kristian dan beralih
kepada perubatan moden. Mereka mendapati bahawa tuhan yang selama ini mereka
sembah tidak dapat memberikan perlindungan kepada mereka sebagaimana Tuhan yang
diperkenalkan oleh missionary dapat
dilakukan.[12]
Sejarah Injil Dandun Kepercayaan tentang kebaikan
menganut agama baru ini semakin menebal dalam kalangan suku kaum Rungus apabila
melihat bagaimana pihak missionary
membantu anak-anak mereka mendapatkan pendidikan. Dalam masa kurang daripada 15
tahun beberapa orang Rungus yang telah menerima pendidikan awal di sekolah mission mula menjawat jawatan penting
dalam kerajaan. Malah sebahagian daripada mereka juga telah bergelar “Yang
Berhormat”.[13]
Penerimaan Injil dari
kampung-kampung sangat memberangsangkan penerimaan injil yang pertama adalah di
kampung Masangkung pada tahun 1952. Ronggu, Lajong, Tiga Papan dan Kudungkung Kimihang
pada tahun 1953. Kumbatang, Morolobou, Suang Pai, Loro Kecil dan Garau pada
tahun 1954. 1955 di kampung Barambangan. Popot dan rampai pada tahun 1956.
Angkob, Vingolon dan Tuhau pada tahun 1957. Rondomon pada tahun1958. Tinangol
dan Radtak pada tahun 1959 dan 1962. Seterusnya, Narandang dan Molong Kolong
pada tahun 1963. Pada tahun 1964 penerimaan terus Injil terus terjadi di Garib,
Mompilis, Bodu, Kirangavan, Botutai, Baving, Dalas, Liu, Dandun, Pantai,
Boribi, Golong, Lingkuton, Taradas, Sulakolung dan tangkarason.[14]
Peningkatan penerimaan ini semakin
meningkat dua kali ganda daripada tahun-tahun yang sebelumnya dan hal ini
menyebabkan keperluan tenaga kerja yang banyak sangat diperlukan untuk
mengembalai disetiap kawasan yang telah menerima Injil. Susulan daripada itu
banyak missionary telah dihantar ke
kawasan-kawasan awal penerimaan Injil antaranya Rev. Eric Gugger. Beliau telah
dihantar ke Sungai Eloi untuk melayani pada tahun 1964. Kedatangannya disambut
dengan mesra oleh sebilangan penduduk kampung, salah satunya ialah En Somuoi.[15]
Pelayanan Rev. E. Gugger sebagai penginjil pertama di Sungai Eloi hanya
bertahan selama tiga tahun sahaja iaitu dari tahun 1964 hingga 1967 dan diganti
oleh Rev. Ulie Zimmer pada tahun 1968 hingga 1969.
Sebelum parokhi Dandun dipilih
menjadi parokhi Dandun, Sungai Eloi adalah pusat parokih wilayah tiga. Pada
tahun 1970 pusat parokhi wilayah tiga ini dipindahkan ke Dandun pusat. Rasional
bagi pemindahan Parokhi ini adalah para missionary
mendapati bahawa Dandun Pusat memiliki keistimewaan dari segi bentuk muka
bumi dan juga kedudukan geografinya yang sangat strategik. Mereka yakin dan
percaya bahawa dengan keistimewaan yang dimiliki mampu membantu perluasan dan
juga kelancaran penyebaran Injil.[16]
Perjalanan Rev. Jorg Rytz dan
beberapa rakan sepelayanan ke Dandun Pusat pada tahun 1970 ditemani oleh En
Gojian yang berasal dari Sungai Eloi.[17]
Sebaik sahaja mereka sampai ke Dandun Pusat mereka telah di sambut dengan mesra
oleh penduduk kampung antaranya adalah En Eluk, En Marudu bin Abun dan Mogumpis
bin Gayo. Bukan itu sahaja, Injil yang telah diberitakan mendapat sambutan yang
positif khususnya dalam kalangan penduduk kampung Dandun Pusat. Keluarga
pertama yang menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat adalah
keluarga En Eluk, En Mogumpis bin Gayo, En Marudu Abun, En Running, En
Matangkis dan En Mojiee.[18]
Pelayanan Rev. J. Rytz sebagai gembala pada tahun 1970 hingga 1973 di Dandun
Pusat dibantu oleh seorang pelayan Tuhan tempatan seterusnya menggantikannya
iaitu Pendeta Porodong Mogilin, 1970 hingga 1977.
Pelayanan para Missionari di Dandun
Pusat semakin mantap dan lancar apabila mereka telah dibantu oleh penduduk
kampung antaranya En Rulling bin Megumpi, En Eluk, En Tain dan En Masandur.
Mereka adalah penginjil pertama di Dandun Pusat. Bukan itu sahaja,
penginjil-penginjil pertama ini dibantu oleh beberapa penolong penginjil
antaranya adalah En Mojiee, En Motuka, En Sulamai dan En Manggong.[19]
Meskipun perjalanan Injil diterima
dengan baik tetapi masih ada beberapa penduduk kampung Dandun Pusat yang belum
terbuka hati untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
Keraguan masih menghantui mereka kerana mereka beranggapan bahawa tujuan para
missionari mengkristiankan penduduk kampung adalah bertujuan untuk dijadikan
korban persembahan kepada Rogon[20]/Lolondu[21]. Timbulnya isu
seperti ini adalah disebabkan oleh penduduk kampung salah menafsir akan lagu
yang terdapat dalam Longoi Dot Ulun Kristian muka surat 32, “Timpan-kou,‘t anganak, sid susumadan…”.[22]
Pada mulanya orang-orang percaya di
Dandun Pusat mereka beribadah di
rumah sahaja. Hal ini kerana, kesan daripada dasar pemerintah United Sabah National Organisation
(USNO) yang tidak membenarkan penduduk kampung membina gereja, sekiranya
perkara ini berlaku juga maka pemerintah akan bertindak kasar. Orang-orang
percaya ditindas oleh pemerintah dan juga orang-orang yang tidak sealiran.
Harta benda mereka seringkali menjadi mangsa bagi orang-orang yang tidak
sealiran, antaranya adalah perahu/sampan. Perahu mereka di musnahkan dan ada
juga yang dilepaskan daripada ikatan dibiarkan mengalir ke sungai. Bukan itu
sahaja, ada beberapa gereja yang dibakar oleh mereka tetapi itu tidak terjadi
di Dandun Pusat.[23]
Ibadah di rumah setiap hari minggu
ini tidak bertahan lama keperluan untuk membina sebuah gereja semakin mendesak.
Akibat daripada itu, pada tahun 1965 mereka telah membina sebuah gereja tetapi
gereja ini lebih bersifat seperti Kajang
dimana hanya berdinding (setengah sahaja ditutup) dan beratapkan daun
palma/nipah dan tiangnya adalah kayu bulat[24].
Di tempat inilah orang-orang percaya beribadah setiap minggu. Sekiranya
diperhatikan dengan teliti gereja ini tidaklah seperti gereja sebaliknya
kelihatan seperti kandang kambing. Oleh sebab itu, mereka tidak dikenakan
tindakan daripada pemerintah kerana pemerintah fikir bahawa ia hanyalah sebuah
kandang kambing.[25]
Pada tahun 1972 adalah tahun di mana
pembinaan gereja PCS Dandun Pusat. Pembinaan gereja pada kali ini dibantu oleh missionary dari Jerman. Di mana mereka
telah menyediakan bahan-bahan pembinaan seperti zink dan paku. Gereja ini di
bina tepat di tengah-tengah sempadan tanah antara En Eluk dan En Marudu bin
Abun.[26]
Tanpa diduga tahun demi tahun
peningkatan penerimaan Injil dalam kalangan penduduk kampung Dandun Pusat
semakin meningkat dan boleh dikatakan 99% penduduk kampung Dandun Pusat adalah
Kristian/anak-anak Tuhan/pengikut-pengikut Yesus.[27]
CARA PENYEBARAN INJIL DI
DANDUN AWAL TAHUN 1964.
METHOD-METHOD PENGINJILAN
AWAL
Awal tahun 1964 adalah permulaan
sejarah kemasukan Injil ke Dandun melalui seorang missionary[28]
yang dikenali sebagai Rev. Eric
Gugger, sebagaimana kisah perjalanannya ke seberang Pitas telah dijelaskan
dalam bab pembahasan bahagian sejarah Injil PCS Jemaat Dandun Pusat. Pada
bahagian ini kita akan sama-sama melihat bagaimana tangan Tuhan menuntun para
hambaNya dengan memberikan kebijaksanan dan idea-idea bagaimana Injil yang
hidup tersebut dapat disebar luaskan kepada masyarakat di semananjung Pitas
pada masa itu.
PENGINJILAN PINTU KE
PINTU
Sebelum sayap pelayanan Injil
dikembangkan sehingga sampai ke daerah Pitas, para missionary sudah dipersiapkan Tuhan terlebih dahulu dengan pelbagai
pengalaman perjalanan Injil di semananjung Kudat beberapa tahun sebelumnya.
Berbekalkan pengalaman yang ada, serba sedikit mereka sudah mengerti dan
memahami tindakan-tindakan yang harus mereka lakukan ketika berada di
semenanjung Pitas yang sedikit berbeza dengan masyarakat di semenanjung Kudat.
Meskipun di semenanjung Pitas juga terdapat suku Rungus yang hampir keseluruhan
budaya dan cara hidup masyarakat Rungus di bahagian Pitas adalah sama dengan
Rungus di Kudat, tetapi di sekitar mereka terdapat suku-suku lain yang
mengamalkan budaya dan cara hidup yang jauh berbeza dengan mereka. Oleh sebab
itulah maka pendekatan penyebaran Injil juga harus berbeza.
Terdapat sekurang-kurangnya dua suku
besar yang terdapat di semenanjung Pitas selain daripada suku Rungus iaitu suku
Kimaragang dan suku Tombonuo. Menurut pengamatan oleh para missionary, dua suku ini setapak lebih maju dari segi keterikatan
adat sebagaimana suku Rungus. Dua suku ini ada keberanian untuk tinggal
bersendirian di rumah sendiri dan menjalankan aktiviti seharian bersama dengan
isi rumah sendiri. Hal ini menyebabkan penempatan mereka dalam pola berselerak
dimana penempatan mereka dipengaruhi oleh faktor kawasan pertanian yang subur
dan mempunyai sumber keperluan asas yang mudah diperolehi. Pola taburan
penduduk seperti ini menjadikan pemberitaan Injil menjadi semakin mencabar.
Konsep satu kampung menukar agama adalah hampir mustahil terjadi dalam waktu
yang singkat.
Oleh yang demikian, para missionary mengambil pendekatan Injil
kepada masyarakat suku kaum Kimaragang dan Tombonuo dengan cara pintu ke pintu.
Mereka harus mendatangi setiap rumah penduduk kampung di kawasan Dandun untuk
memberitakan Injil Kristus. Dengan cara ini para missionary terpaksa mengharungi banyak rintangan dan dugaan dari
segi perjalanan untuk memastikan tidak ada satu rumah pun yang tercicir
daripada dilawati oleh mereka. Dengan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit
bukau, perjalanan yang harus mengharungi hutan yang tebal bahkan tidak kurang
juga harus mengharungi arus sungai yang deras ketika waktu banjir. Hanya dengan
kekuatan dari Tuhan sahaja para pelayan Tuhan mampu bertahan untuk terus
memberitakan Injil kepada masyarakat Dandun.[29]
KUNJUNGAN SEMULA KELUARGA
YANG TELAH DILAWAT
Sebagaimana pengalaman penginjilan
sebelum ini, lawatan para pelayan Tuhan kali pertama hanyalah bertujan untuk
perkenalan dan memahami cara hidup dan budaya keluarga yang dilawati. Biasanya
selesai pertemuan yang pertama, para hamba Tuhan akan membuat temujanji untuk
mengunjungi semula di tempat mereka pada masa akan datang. Dengan cara ini,
mereka memberi ruang yang luas kepada keluarga yang dikunjungi untuk menjalin
hubungan yang lebih baik dengan mereka terlebih dahulu sebelum sepenuhnya
memberitakan Injil. Kadang-kadang sebuah keluarga yang dikunjungi memerlukan
waktu berbulan-bulan lamanya dikunjungi barulah mereka terbuka hati untuk
menerima Injil yang diberitakan.[30]
Maka komitmen untuk terus mengunjungi keluarga yang dilawat adalah sangat perlu
bagi memastikan perjalanan misi penginjilan dapat dicapai sepenuhnya.
Ini adalah cara para hamba Tuhan
menyebarkan Injil di kawasan Dandun pada waktu itu. Memang cara ini juga yang
digunakan ketika menyebarkan Injil di kalangan suku Rungus, namun kunjungan di
kalangan suku Rungus adalah mudah kerana tertumpu kepada hanya satu rumah
sahaja yang mana mempunyai banyak keluarga yang tinggal. Jadi sekali melakukan
kunjungan untuk beberapa keluarga. Masa penyebaran Injil di kalangan suku
Rungus adalah lebih cepat berbanding di kalangan suku Kimaragang dan suku Tombonuo
di kawasan Dandun atas sebab faktor perbezaan budaya dan cara hidup antara suku
tersebut.
MEMPELAJARI DAN MENGIKUTI
BUDAYA SUKU TEMPATAN
Para missionary sering belajar dari pengalaman-pengalaman yang dilalui
ketika melakukan kunjungan ke kampung-kampung penempatan suku Kimaragang dan
suku Tombonuo. Setiap kali perjalanan kunjungan yang mereka lakukan, mereka
biasanya ditemani oleh penduduk tempatan sebagai penunjuk arah dan penterjamah.
Ada ketikanya apabila mereka terserempak dengan masyarakat setempat, mereka
kehairanan kerana orang-orang yang terserempak dengan mereka melarikan diri
dalam keadaan ketakutan. Apabila pengiring[31] missionary[32]
berjumpa kepada orang-orang yang lari ketakutan setiap kali terserempak dengan
mereka untuk bertanya sebab mereka ketakutan, mereka menjawab ”amu opimot dahai.”[33]
Maka daripada peristiwa tersebut, mereka berbincang bagaimana supaya setiap
kali mereka berkunjung ke kampung-kampung orang-orang setempat tidak ketakutan
dan dapat menerima mereka di dalam kelompok masyarakat mereka.
Tuhan tidak pernah ketandusan akal
dan fikiran. Kita meyakini bahawa Tuhan bekerja melalu akal dan fikiram
manusia. Tuhan memberikan idea kepada hambanya Pdt. Porodong Magilin untuk mengesyorkan
kepada setiap missionary yang pada
ketika itu bertugas di Dandun adalah Eric Gugger agar menukar penampilannya
ketika melakukan kunjungan ke kampung-kampung. Beliau membuka topi keras dan
beg besar Rev. Eric Gugger dan memakaikan sigar[34]
dan barahit[35]
untuk mengantikan topi dan beg besar tersebut. Selepas mereka menggunakan
pendekatan seperti ini untuk mengunjungi kampung-kampung, orang-orang setempat
tidak lagi bersembunyi atau berlari ketakutan apabila terserempak dengan
mereka. Masyarakat setempat merasa selesa bergaul dengan mereka tanpa merasa
takut lagi.
Di sini kita dapat melihat betapa
pentingnya memahami dan mempelajari budaya dan cara hidup suatu suku bangsa
jika hendak menyampaikan Injil. Cara seperti ini akhirnya menambat hati
orang-orang setempat yang akhirnya memberikan peluang yang besar kepada
hamba-hamba Tuhan untuk memberitakan Injil Keselamatan kepada suku-suku yang
ada di kawasan Dandun pada masa itu.
MEMPELAJARI BAHASA
TEMPATAN
Salah satu faktor penyumbang
kejayaan penyebaran Injil di kalangan suku-suku di Sabah adalah kemampuan para missionary untuk menguasai bahasa suku
tempatan dengan cepat. Kita tidak menafikan bahawa ini adalah hasil usaha
mereka untuk belajar bahasa suku tempatan. Namun di sebalik usaha mereka ini,
kita yakin dan percaya bahawa kuasa Tuhan juga memberikan kepada mereka
kecerdasan minda untuk dapat menguasai bahasa suku tempatan dengan cepat.
Hasil daripada penguasaan bahasa
suku tempatan iaitu bahasa Rungus, maka proses memberikan kefahaman yang lebih
mendalam terhadap Injil di kalangan masyarakat setempat dapat dilakukan dengan
lebih berkesan. Mempelajari bahasa tempatan adalah suatu cara pelayanan
pemberitaan Injil yang berkesan kerana pendengar yang sebahagian besar hanya
mengerti bahasa tempatan tersebut dapat menyerap makna sebenar dan tujuan
sebenar Injil yang sedang diberitakan kepada mereka. Dengan demikian, fikiran
dah hati mereka dengan mudah terbuka untuk menerima Injil yang diberitakan.
Menyedari hal ini, maka setiap missionary yang dihantar di Sabah bagi
membantu pelayanan pemberitaan Injil akan diajar bahasa Rungus. Seperti Rev. Eric
Gugger, beliau fasih bertutur dalam bahasa Rungus. Bukan beliau sahaja tetapi
hampir semua missionary yang pernah
dihantar oleh Misi Basel dalam pelayanan Injil di kalangan suku tempatan di
Sabah fasih atau setidak-tidaknya boleh bertutur dan memahami bahasa Rungus
serba sedikit.[36]
PELAYANAN MASYARAKAT
Tidak banyak aktiviti sukan yang
mampu dilaksanakan pada masa dahulu disebabkan tiadanya kemudahan infrastruktur
untuk masyarakat seperti yang ada hari ini. Namun demikian hamba Tuhan yang
menginjil tidak memandang hal tersebut sebagai halangan utama dalam
mempelbagaikan kaedah penginjilan. Para hamba Tuhan memeras fikiran mereka
untuk berusaha mempelbagaikan cara pendekatan kepada masyarakat yang ada di
Dandun agar dapat menambat hati mereka agar mereka berkesempatan untuk
mengongsikan kasih Yesus.
Dalam satu wawancara bersama salah
seorang penginjil yang pernah berkhidmat selama 7 tahun di Dandun, beliau
mengongsikan pengalaman beliau semasa melayani masyarakat di Dandun. Nama hamba
Tuhan ini adalah Pdt. Porodong Magilin. Menurut beliau, apabila dia melawat ke
kampung-kampung yang belum pernah dikunjunginya sebelum ini, beliau selalu
membawa sebiji bola takraw. Apabila tiba di kampung yang dilawat, pada waktu
petang dia akan mengumpulkan para belia-belia di kampung tersebut untuk
mengajak mereka bermain takraw secara bulatan. Semasa bermain beliau dapat beramah
mesra serta berkenalan dengan para belia di kampung tersebut. Hal ini
menjadikan beliau dengan mudah menjalin hubungan yang baik dengan penduduk
kampung yang dikunjunginya.
Selain daripada bermain takraw,
beliau juga membawa garam dan sabun mandi dalam perjalanannya. Garam dan sabun
mandi ini bukanlah bertujan untuk diri sendiri tetapi untuk penduduk kampung
yang dilawat. Pada masa dahulu garam adalah sukar untuk didapati bagi
sebahagian besar penduduk yang tinggal di tengah-tengah hutan tebal yang jauh
sekali dari pekan. Maka keperluan seperti garam dan sabun adalah sukar untuk
mendapatkannya. Ketika makan malam, penduduk kampung merasakan rasa makanan
yang baru. Mereka sangat bergembira dan menunjukkan selera makan yang baik.
Selama ini mereka hanya memasak masakan yang tidak bergaram sahaja. Aktiviti
yang biasa beliau lakukan selepas bersukan adalah memandikan anak-anak kecil
yang sangat kotor dengan tanah dan lumpur. Penduduk kampung kehairanan melihat
anak-anak mereka selepas dimandikan tubuh badan mereka menjadi sangat bersih
dan putih tidak seperti kebiasaan mereka mandi di mana kotoran masih terdapat
di badan mereka. Pada kunjungan-kunjungan beliau yang seterusnya di kampung
tersebut, kerap kali bukan hanya anak-anak kecil yang meminta untuk dimandikan
tetapi para remaja lelaki dan perempuan juga meminta untuk dimandikan oleh
beliau. Beliau bergongsi pengelaman ini sambil ketawa kerna para remaja wanita
dan lelaki masih dalam keadaan telanjang sedangkan umur mereka sudah mencecah
balasan tahun. Beliau hanya mengajarkan mereka cara menggunakan sabun lalu
meminta mereka yang suda remaja untuk mandi sendiri menggunakan sabun.
Dari kisah perkongsian pengalaman
hamba Tuhan ini, generasi pada hari ini seharusnya juga mampu mempelbagaikan
cara pendekatan dalam memberitakan Injil kepada orang-orang di sekeliling kita.
Dengan pelbagai infrastruktur yang ada di sekeliling kita pada hari ini maka
adalah sudah tentu lebih banyak cara yang boleh dilakukan untuk memberitakan
Injil kepada masyarakat hari ini.
MEMBINA RUMAH IBADAT DAN
KLINIK KESIHATAN
Ketika pada mulanya missionary melihat suku Rungus, timbul
perasaan belas kasihan di dalam hati mereka. Tuhan menuntun para hambaNya untuk
membantu suku Rungus dan amnya suku Momogun yang terdapat di Sabah untuk
dikeluarkan dari ikatan-ikatan kebiasaan hidup serta ikatan-ikatan adat dan
kepercayaaan suku ini yang sungguh menjadikan mereka menderita dari pelbagai
aspek kehidupan. Missionary pertama
yang dapat memandang keunikan bangsa Momogun di Kudat adalah Rev. Hanz Beins,
1951.[37]
Daripada hamba Tuhan ini, pelbagai usaha dirancang untuk menjangkau suku
Momogun yang terdapat di Sabah.
Cerita mitos mengambarkan suku Rungus
terkenal dengan budaya memenggal kepala orang sebagai bukti keperkasaan
seseorang dalam pertempuran. Namun missionary
tidak melihat hal tersebut ada di kalangan suku Rungus sebenarnya. Malah
mitos tersebut sangat bertentangan dengan keadaan sebenar suku Rungus pada masa
itu. Mereka sangat memerlukan pertolongan dari segi pendidikan, kesihatan dan
dilepaskan dari ikatan adat yang mengikat suku ini daripada dapat berkembang
maju.[38]
Keadaan ini dialami oleh hampir semua suku momogun yang terdapat di Sabah. Di
kawasan Dandun juga mengalami hal yang sama. Oleh sebab itulah para missionary membawa perubatan moden untuk
memberikan rawatan moden kepada masyarakat Momogun. Cara perawatan moden yang
sangat berkesan akhirnya diterima baik oleh suku Momogun daripada cara
perubatan tradisional yang selama ini mereka lakukan yang kebanyakannya hanya
merugikan mereka sahaja namun tidak memberikan apa-apa kesembuhan terhadap penyakit
yang sedang mereka deritai. Perkembangan ini sangat baik kerana lebih banyak
suku Momogun meminta rawatan kepada missionary
sangat besar peluang untuk menceritakan Injil keselamatan kepada mereka. Oleh
itu, di mana-mana missionary melakukan
penginjilan, mereka mendirikan sebuah klinik kesihatan atau pada masa itu dikenali
sebagai dispensary. Sebagaimana di
daerah Pitas, pada tahun 1966 sebuah dispensary
dibina oleh missionary di Kampung
Pantai. Missionary yang bertugas
bukan hanya melakukan kerja-kerja rawatan kepada pesakit, tetapi juga melakukan
pelayanan penggembalaan dan penginjilan dalam masa yang sama.[39]
Selain daripada itu para missionary juga memikirkan untuk
mendirikan bangunan rumah ibadat kepada suku Momogun yang sudah semakin besar
di setiap kawasan. Adalah mustahil untuk mendirikan setiap kampung satu gereja
tetapi beberapa kampung yang berdekatan bergabung untuk satu gereja.
Selain dari bangunan gereja yang
didirikan, para missionary juga
melihat perkembangan yang baik dari sudut pendidikan kepada suku Momogun ini.
Oleh sebab itu, mereka juga turut mendirikan beberapa bangunan sekolah misi
yang masih ada sehingga hari ini. Bangunan asrama juga turut didirikan bagi
memberikan kemudahan kepada pelajar yang berasal dari kampung yang jauh untuk
tinggal.
Semua bangunan yang didirikan ini sangat menarik
hati suku Momogun dan mereka lebih selesa setelah dilepaskan dari kebiasaan
hidup mereka yang sangat menyusahkan. Inilah antara method-method yang
dilakukan oleh missionary dalam
pelayanan Injil di Sabah.
MEMBINA GEREJA TERBUKA DI
TEMPAT AWAM
Di
kawasan Dandun dan kawasa Rosob terdapat satu kawasan tapak tamu untuk
pertemuan orang-orang Momogun bagi tujuan perniagaan. Kebanyakan mereka
menjalankan perniagaan pertukaran barang. Ketika hari pertemuan ini ada ramai
orang-orang Momogun yang berada di kawasan tamu. Biasanya hari tamu ini
diadakan pada hari ahad. Para missionary melihat
bahawa ini adalah peluang yang baik untuk memberitakan Injil di kalangan suku
Momogun yang sedang berniaga di kawasan tamu. Oleh itu, mereka membina sebuah
pondok-pondok yang beratapkan daun palma atau nama yang dikenali pada masa itu
adalah atap nipah. Di sekelilingnya dibiarkan terbuka agar semua orang dapat
melihat dan mendengar apa yang sedang terjadi di dalam pondok tersebut.
Dalam pondok itulah para missionary dan penolong dari bangsa
Momogun dan orang-orang yang sudah memeluk Kristian mengadakan kebaktian.
Orang-orang yang ada di kawasan tamu turut terlibat secara tidak langsung
mendengar perkabaran Injil yang disampaikan oleh misisionary.
KEADAAN DUNIA DI LUAR
BANDAR
Gambaran
suasana kehidupan di luar bandar yang tidak terdedah dengan perkembangan di
bandar. Cara kehidupan yang berpindah-randah atas sebab alasan pertanian yang
merupakan bentuk kehidupan nenek moyang zaman dahulu. Kurang alasan untuk
keluar dari kawasan kelompok sendiri atas sebab perasaan takut yang
menyelubungi keseluruhan aspek kehidupan nenek moyang. Jarak tempat tinggal dan
kawasan sumber ekonomi yang dekat mendorong nenek moyang hanya berjalan kaki
sahaja setiap hari. Sumber-sumber ekonomi termasuklah berladang, memburu dan
mengumpul hasil-hasil hutan seperti rotan dan sebagainya untuk memenuhi
keperluan asas nenek moyang. Hutan tebal, bukit-bukau, lembah, lumpur serta
sungai menjadi latar kehidupan dunia nenek moyang di kawasan dandun. Sungai
yang menjadi sahabat karib masyarakat dunia nenek moyang di Dandun adalah
sungai Bengkoka.
JALINAN PERHUBUNGAN DUNIA
NENEK MOYANG
Hampir keseluruhan kawasan yang
terdapat di kawasan pedalaman Borneo (Sabah hari ini) pada tahun 1950an tidak
mempunyai sistem jalinan perhubungan dan sistem pengangkutan sebagaimana yang
terdapat pada hari ini. Masyarakat yang hidup pada zaman tersebut hanya
mengenali dua jenis jalinan perhubungan yang digunakan untuk menghubungkan
antara satu tempat dengan tempat-tempat yang lain. Jalinan perhubungan yang
sering digunakan pada zaman tersebut adalah melalui jalan air atau laut serta
melalui jalan darat yang hanyalah lorong-lorong kecil menyusuri sungai dan
merentasi bukit bukau. Jalan-jalan seumpama ini lebih mudah dikenali sebagai jalan
tikus.
JALINAN PERHUBUNGAN DI
DANDUN SEBELUM KEDATANGAN INJIL
Sebagaimana keadaan di tempat-tempat
lain di pedalaman Borneo, kawasan Dandun juga merupakan suatu daerah yang
berada di pedalaman utara Borneo sebagaimana kedudukan Teluk Kudat. Bahagian
utara terbentang luas Laut Cina Selatan manakala di bahagian timur terdapat
Laut Sulu dan di bahagian barat terdapat Teluk Marudu yang sangat terkenal
dengan pusat pembinaan Bagang (Rumah
Api) di sekitar kawasan teluk ini. Antara kawasan yang mudah untuk dihubungi
dari dunia luar adalah kawasan pesisir pantai dan kawasan yang terletak di
tebing-tebing sungai. Menurut tradisi,[40]`sudah
terdapat penempatan suku kaum rungus di kawasan Dandun jauh sebelum tahun
1950an. Pendapat ini disokong dengan penemuan-penemuan barangan yang biasa
dipakai oleh suku kaum Rungus. Tidak dapat dipastikan di manakah suku Rungus
ini bermula. Namun seandainya suku ini bermula di semananjung Kudat, penemuan
tersebut menjelaskan bahawa suku ini sudah menjelajah keluar dari kawasan
mereka untuk berpindah ke kawasan-kawasan luar dari lingkungan suku mereka.
Pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat lain adalah kelihatan sangat sukar
disebabkan jalinan perhubungan seperti jalan raya dan kenderaan pada zaman itu
belum ada. Pada zaman 1950an di kawasan dandun belum terdapat jalan raya yang
boleh dilalui oleh kenderaan sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat
pada masa itu hanya berjalan kaki ataupun menggunakan perahu sebagai alat
pengangkutan untuk pergi ke tempat-tempat lain.
Mengimbas
kembali zaman 1950an di kawasan Dandun, seribu satu macam kenangan dan cerita
bapa-bapa gereja mula-mula bagaimana mereka menyebarkan Injil setelah
diperkenalkan oleh misionaris yang sebahagian besar berasal dari Swiss dan
beberapa antara mereka berasal dari German. Jika dibandingkan dengan cara-cara
pemberitaan Injil pada masa kini jauh lebih moden jika dibandingkan dengan
zaman 60an. Meskipun menurut konteks pada zaman tersebut cara-cara penyebaran
Injil yang kelihatannya sukar bagi pandangan zaman ini, namun hakikatnya itulah
yang dialami oleh penginjil dan masyarakat secara keseluruhannya. Pengalaman
perjalanan penyebaran Injil di mana dahulu menurut pandangan masyarakat pada
zaman itu bukanlah suatu yang asing. Namun bagi pandangan masyarakat hari ini,
pengalaman Injil di masa lalu suatu yang sungguh mengerikan dan meninggalkan
kesan yang amat mendalam untuk mendorong pelayan Tuhan lebih bersemangat lagi
dalam usaha memberitakan Injil. Method-method pelayanan Injil pada tahun 1964
di sekitar kawasan Dandun adalah melalui beberapa cara.
Antara cara
perjalanan pemberitaan Injil yang sering digunakan adalah seperti berjalan
kaki. Faktor taburan penduduk yang berselerak serta bentuk muka bumi yang
terdiri daripada kawasan hutan tebal dan berbukit bukau menjadikan cara
perjalanan pemberitaan Injil melalui cara berjalan kaki sungguh mencabar minda
dan fizikal. Para pelayan Tuhan pada zaman tersebut biasanya akan membawa
bekalan keperluan dalam perjalanan mereka seperti periuk, pukat, garam dan
beberapa bahan lain sebagai persiapan apabila mereka terpaksa bermalam di
tengah-tengah perjalanan. Kadang-kadang mereka harus menempuh 3 hari lamanya
bagi satu perjalanan.[41]
Ini adalah cara penyebaran injil kepada masyarakat pada masa itu. Mereka harus
berjalan dari rumah ke rumah kerana masyarakat di kawasan Dandun tinggal secara
bersendirian. Penyebaran injil melalui cara ini memerlukan masa yang sangat
lama untuk dapat memastikan semua masyarakat di dalam satu-satu kawasan dapat
diinjili.
Bagi sesetengah
tempat yang mempunyai jalinan perhubungan melalui sungai, perjalanan menjadi
sedikit lebih cepat berbanding dengan berjalan kaki. Namun masih terdapat
beberapa cabaran yang harus dilalui oleh para misionaris serta penginjil yang
lain pada masa itu. hal-hal tentang cabaran ini akan diceritakan pada bahagian
yang lain. Penggunaan jalan air sebagai cara perhubungan dan pemberitaan Injil
masih lagi digunakan, namun hari ini sudah semakin sedikit kerana kebanyakan
kawasan di daerah Dandun sudah mempunyai jalinan perhubungan jalan raya
meskipun tidak semua keadaan jalan raya yang ada hari ini berkeadaan baik untuk
semua jenis kenderaan.
Bagi
perjalanan penyebaran Injil melalui cara berenang, meskipun bukan semuanya
penginjil memiliki pengalaman dengan cara ini, namun terdapat juga penginjil
yang pernah menggunakan cara ini ketika sudah tiada pilihan lain demi untuk
memberitakan dan melaksanakan pekerjaan seorang penginjil. Salah seorang
penginjil yang telah berkongsi pengalaman pernah beberapa kali menggunakan cara
ini adalah Pdt. Porodong Mogilin sewaktu beliau suatu ketika dahulu melayani di
daerah Dandun sekitar tahun 1970. Cara seperti ini benar-benar menuntut komitmen
yang cukup tinggi dalam usaha melaksanakan pekerjaan Tuhan. Beliau sempat
menceritakan beberapa peristiwa yang memaksa beliau terpaksa berenang untuk
melaksanakan tuntutan pelayanan. Antaranya adalah peristiwa penyempurnaan
upacara pengkubumian seorang anak kecil yang berada di kg. Mololobow yang mana
hari ini dikenali umum tempat tersebut sebagai Kg. Bilangau Kecil. Peristiwa
tersebut berlaku pada waktu malam ketika beliau berada di seberang sungai
Bengkoka ketika hari hujan. Apabila beliau dipanggil untuk pergi ke Kg.
Mololobow, dalam keadaan sungai Bengkoka yang tengah banjir, tiada perahu yang
sanggup membantu menyeberangkan beliau ke seberang. Beliau mengambil keputusan
untuk menyeberangi sungai Bengkoka tersebut dengan cara berenang. Selain itu,
beliau juga pernah berenang bersama-sama dengan jenazah yang dimasukkan di
dalam keranda di tengah-tengah sungai Bengkoka yang sedang banjir. Beliau juga
sempat mengongsikan rahsia kejayaan dalam pelayanan beliau. Beliau mengatakan
satu-satunya yang memampukan beliau dapat melayani dengan cara apa sekalipun
adalah kerana Injil yang beliau beritakan sudah meresap di dalam hidup beliau.
Bagaimana
cara perjalanan Injil diberitakan bukanlah suatu halangan yang terbesar bagi
seorang penginjil. Halangan utama bagi seorang penginjil untuk melaksanakan
pekerjaan Tuhan adalah dari diri sendiri. Jika diri seorang penginjil sudah
menyerap sepenuhnya Injil Yesus Kristus di dalam dirinya, cara perjalanan Injil
bukan lagi menjadi persoalan apa lagi sebagai penghalang.[42]
Hari ini para penginjil semakin mudah mengalah dan berputus asa apabila
berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bersangkut paut dengan perjalanan untuk
memberitakan Injil. Ada kalanya disebabkan kenderaan yang rosak, lalu pelayanan
dibatalkan sedangkan jarak perjalanan hanya mengambil masa 30 minit untuk
berjalan kaki. Apa yang diharapkan melalui kajian ini, para pelayan Tuhan
mendapat dorongan dan motivasi agar terus memiliki semangat dalam melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan tanpa ada hal-hal yang mampu menghalang. Halangan
hanyalah agen pencetus kepada minda menjadi kreatif untuk mencari cara,
bukannya mencari alasan.
CABARAN PELAYANAN
Di dalam dunia ini banyak sekali
cabaran yang kita lalui di dalam hidup kita setiap hari. Adakalanya cabaran itu
datang tanpa kita sedari, begitu juga situasi yang dilalui oleh penginjil-penginjil
awal di Dandun, mereka berkata banyak sekali cabaran yang dilaluinya di dalam
hidupnya sepanjang beliau melibatkan diri di dalam pelayanan. Tetapi disini mereka
hanya memfokuskan pelayanan dan cabaran mereka semasa melayani sebagai Gembala
di Stesen Parokhi Dandun. Dissini kami bahagikan cabaran-cabaran yang yang dilalui
oleh mereka seperti berikut;
CABARAN-CABARAN
BIASA
1.
Cabaran daripada keluarga;
Menurut mereka cabaran ini adalah
salah satu cabaran yang mana adalah cabaran pertama yang dihadapi oleh mereka ketika
mereka memutuskan untuk memasuki bidang pelayanan. Ibu bapa mereka selalunya menghalang
keinginan mereka untuk menjadi seorang penginjil, kebanyakannya lebih suka mereka
menjadi seorang petani seperti contohnya bapa kepada Pdt. Porodong Magilin,
iaitu membuka ladang atau menanam padi bukit iaitu tagad[43].
Kerana ibunya tidak tahu bahawa betapa pentingnya khabar sukacita itu kepada
semua orang.
2. Cabaran pengangkutan;
Menurut wawancara kami dan apa kami
perhatikan, kami membuat satu kesimpulan bahawa terdapat 3 cara utama yang kami
perolehi iaitu perahu, berjalan kaki dan menunggang kuda.
2.1
Perahu
Beliau berkata ada
kalanya beliau terpaksa menaiki perahu untuk menyeberangi sungai Bengkoka untuk
melayani beberapa buah keluarga yang berada di seberang katanya. Tetapi ada
masanya juga mereka yang memiliki perahu juga tidak monupak katanya lagi. Sebagai contohnya, salah seorang yang kami
temuramah menceritakan pengalaman beliau tentang satu kejadian yang beliau
terpaksa menyeberangi sungai dengan perahu. Berikut ialah dialog perbualan
ketika Pdt. Porodong mokitupak[44]
Porodong: mokitupak oku
sokou
Jawaban: pokitupak so
Kinoringan muyu noh
Porodong: bayaran ku yah
boh kou 2 ringgit
Jawaban: bang okonkoh
oluludan oku soikau daeh oku potupak[45]”
Ini
adalah salah satu dari dialog ketika Porodong mokitupak untuk pergi ke seberang
untuk melayani. Tetapi Porodong berkata, bukan kerana mereka kasihan mereka
menupak saya katanya tetapi kerana mereka mendengar bahawa saya akan membayar
mereka sebanyak RM2.00, dan kita tahu bahawa nilai wang pada masa itu sangat
mahal harganya.
2.2
Berjalan kaki
Salah seorang tokoh utama yang kami
temuramah, Pdt. Porodong berkata, ketika orang-orang yang berada di kawasan
pedalaman mahu ke tomu[46]
untuk memasarkan hasil tanaman mereka atau barang keperluan lain maka, mereka
terpaksa datang lebih awal ke Dandun untuk mengelakkan dari ketinggalan perahu
yang akan pergi ke tomu untuk
memasarkan hasil tanaman mereka. Apabila Pdt. Porodong melihat mereka tiada
tempat untuk bermalam, maka beliau membawa mereka balik ke rumahnya, maka dari
situ Pdt. Porodong berpeluang untuk mengenali mereka secara dekat, berkenalan
dengan mereka, bertanya berasal dari mana dan sebagainya. Selain itu, selama
mereka berada di rumah Pdt. Porodong, beliau mengambil kesempatan untuk
berkongsi Firman Tuhan kepada mereka. Dari sana Pdt. Porodong dapat membuka
jalan bagaimana beliau dapat menginjil di kawasan pedalaman yang sangat
terpencil seperti Sonsogon Magandai, di mana terpaksa mengambil masa selama
tiga hari perjalanan untuk sampai di kawasan tersebut dengan hanya berjalan
kaki kata beliau. Ketika ditanya apakah kelengkapan yang perlu dibawa untuk
datang ke tempat itu, beliau berkata hanya beberapa pasang baju, pukat, jala,
senapang, garam, ajinomoto, beras, sabun, parang dan sepak takraw.
Beliau berkata jika kawasan yang
akan ditujuinya itu sangat jauh, beliau akan membawa beberapa rakan seperti
Magumpis, Manggong, Pdt. Majinal serta Sulamai (sudah meninggal) dimana
rakan-rakan beliau ini adalah orang yang sudah terbiasa dengan kawasan
tersebut, atau mereka yang sudah biasa melalui kawasan tersebut dan ini memudahkan
perjalanan saya kata beliau. Semasa di dalam perjalanan untuk datang ke tempat
itu, tidak terdapat kawasan khusus untuk tempat mereka berhenti, apabila sudah
penat berjalan maka mereka akan berhenti untuk beristerihat.
Jika kawasan yang dilalui itu
terdapat bavang[47]
mereka akan berhenti di situ untuk memukat atau mejala ikan untuk makanan siang
atau malam. Ada diantara mereka yang pergi untuk magavang[48]
binatang liar pada waktu malam untuk ditembak sebagai bekalan makanan sepanjang
perjalanan tersebut
2.3
Menunggang Kuda
Ketika Pdt. Porodong melayani
bersama dengan Pdt. Jorg Rytz, Pdt. Jorg Rytz membeli seekor kuda untuk
dijadiakan sebagai pengangkutan yang akan ditunggangi semasa pelayanan, tetapi
hanya di sekitar kawasan Dandun sahaja, dan pada waktu itu Pdt. Porodong hanya
berjalan kaki sahaja dengan beberapa orang rakan yang lain, dan Pdt. Porodong
juga tidak menjelaskan dengan lebih terperinci tentang perkara tersebut.
Menurut perbincangan kami, mungkin Porodong berkata seperti itu kerana hanya
untuk menlengkapi atau memberitahu bahawa terdapat beberapa jenis pengangkutan
yang digunakan pada waktu itu.[49]
CABARAN UTAMA
Ada satu persamaan yang sama
daripada semua tokoh yang ditemuramah. Semua mereka berkata cabaran yang paling
utama di dalam pelayanan mereka ialah cabaran mengubah presepsi atau tanggapan
masyarakat Momogun (Pagan)[50]
tentang agama baru yang dibawakan oleh beliau, iaitu “Kabar Injil Keselamatan”
yang bercerita tentang “Yesus Kristus”. Disini kita tahu bahawa, kebanyakkan
masyarakat di bahagian pendalaman Dandun ini terdapat beberapa masyarakat atau
suku kaum yang berbeza iaitu suku Rungus, Kimaragang, Sungai, Sonsogon, Sandayo
dan Tombonuo. Suku-suku inilah yang terselerak di seluruh kawasan Parokhi
Dandun, dan mempunyai adat sendiri, kepercayaan sendiri, kehidupan sendiri, dan
cara bersosial yang berbeza- beza. Disini kita dapat melihat bahawa setiap dari
masyarakat ini mempunyi cara kehidupan yang berlainan antara satu dengan yang
lain, maka dengan itu jika difikir secara mendalam cara untuk menghampiri
setiap masyarakat tersebut juga perlu menggunakan cara atau pendekatan yang
berbeza-beza. Pdt. Porodong berkata terdapat beberapa teknik untuk mendekati
kelompok yang berbeza-beza ini. Tetapi saya tidak menghuraikannya kerana
perkara tersebut akan dijelaskan nanti di bahagian yang seterusnya.[51]
CABARAN UTAMA INI
TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:-
Cabaran utama didalam pelayanan mereka
adalah, mengubah tanggapan dan pandangan masyarakat pagan tentang agama dan
ajaran baru yang dibawakan oleh mereka, dan kesukaran untuk memahamkan mereka
tentang injil tersebut. Sebenarnya terdapat dua faktor atau mitos[52]
yang menjadi pegangan mereka atau yang menghalang mereka untuk menerima Injil
yang diberitakan oleh para penginjil pada waktu itu, seperti berikut. Pertama, menurut mitos atau cerita
dongeng yang mereka dengar, ada sebuah kapal yang yang sedang belayar di tengah
laut, dan apabila kapal tersebut berada di tengah laut, tiba-tiba kapal itu
berhenti dan tidak dapat bergerak, kapal itu seperti digam melekat di permukaan
laut, dan untuk mengerakkan kapal tersebut atau supaya kapal tersebut boleh
bergerak, maka memerlukan korban manusia barulah kapat tersebut boleh bergerak,
maka dengan itu, setiap orang yang menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat
mereka, atau orang yang telah masuk Kristian, maka merekalah yang akan
dijadikan korban atau isumad rogon[53],
barulah kapal tersebut dapat bergerak dan dapat meneruskan perjalanan. Jadi mitos
ini merupakan cabaran utama kepada semua penginjil termasuk saya kata Pdt
Porodong.
Kedua,
mitos yang kedua juga mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan cerita
yang pertama kerana ini juga bercerita tentang orang Kristian yang akan diberi
makanan kepada rogon. Para penginjil berkata,
orang pagan yang masuk Kristian, atau yang sudah menjadi orang Kristian, akan
dibawa ke luar negara, di Negara orang putih dan dipersembahkan satu persatu
kepada rogon atau hantu, Menurut Porodong apabila ditanya mengenai mitos
tersebut, Pdt. Porodong berkata itu hanyalah cerita dongeng atau propoganda
dari bobolizan[54],
supaya semua masyarakat rungus yang belum masuk Kristian tidak tertarik
kepada berita yang disampaikan oleh Pdt. Porodong dan tetap kepada kepercayaan
mereka kepada dulu iaitu menyembah kepada berhala. Jadi melalui dua mitos yang
telah kita ketahui, ini cukup jelas bahawa masyarakat rungus pada masa itu
belum bersedia untuk beralih pegangan kepada kepercayaan yang mereka ikuti ini
sejak dari zaman nenek moyang mereka, tetapi ada juga masyarakat Rungus yang
membuka hati mereka untuk menerima ajaran yang baru ini. Pdt. Porodong berkata
ini adalah salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh para penginjil pada
waktu itu kerana pemahaman dan tanggapan negatif mereka tentang Injil yang
disampaikan oleh mereka dan kesukaran para penginjil untuk memahamkan mereka
tentang ajaran tersebut. Dan perkara ini dihadapi oleh para penginjil pada masa
itu.
TENTANG PEMBERIAN WANG
PERSEMBAHAN
Ketika ditanya jika ada lagi cabaran
utama yang dihadapi oleh beliau sepanjang pelayanannya, beliau berkata soal
bagaimana memberi wang persembahan yang betul kepada Tuhan. Sewaktu missionary masih berada di Sabah, mereka
tidak sempat untuk menerangkan dengan lebih jelas bagaimana memberi wang
persembahan yang benar dan sepatutnya kepada Tuhan kerana telah dihantar pulang
atau disuruh pulang ke negara asal mereka oleh pemerintah pada waktu itu ialah
kerajaan USNO di bawah pimpinan oleh Tun Datu Mustapha Bin Harun.
Beliau berkata, kami sebagai
generasi yang seterusnya untuk memberitakan injil terpaksa melalui banyak
cabaran dari segi pemberian wang persembahan kerana masyarakat Rungus yang
telah masuk Kristian sudah terbiasa denagn memberi wang persembahan sebanyak 5
sen. Mungkin perkara ini berlaku kerana ekonomi masyarakat pada waktu itu
sangat susah dan punca pendapatan juga tidak menentu. Pada masa yang sama
mereka mungkin berfikir bahawa orang putih atau missionary[55]
menetapkan untuk memberi wang persembahan sebanyak 5 sen sebagai ketetapan
untuk pemberian wang persembahan, maka dengan itu secara perlahan-lahan
penginjil pada waktu itu cuba untuk menerangkan kepada mereka bahawa 5 sen itu
bukanlah ketetapan yang sebenar untuk pemberian wang persembahan kepada Tuhan.[56]
Tambah beliau lagi, persepsi ini
tersebar meluas si seluruh Gereja PCS pada waktu itu, secara tidak langsung
jemaat Kristian pada waktu itu berfikir bahawa itu adalah ketetapan yang dibuat
oleh para missionary dan gereja pada
waktu itu, itu sebabnya mengapa pemberian wang persembahan pada waktu itu
berjalan seperti itu. Beliau berkata perkara seperti ini bukan mudah untuk
diperbaiki, tetapi melainkan memerlukan waktu yang panjang untuk memperbaikinya
kesilapan pemikiran dan pemahaman tersebut. Tambah beliau, oleh sebab itu
presepsi dan cara pemikiran seperti inilah yang menghambat pertumbuhan ekonomi
sesebuah Gereja PCS pada waktu itu kerana masalah kewangan.
Ada juga ketikanya selepas ibadah
selesai dan beliau mengira wang persembahan jemaat, tiba-tiba seorang jemaat
lelaki dari belakang memegang bahunya dan berkata, sebentar tadi saya telah
memasukkan wang persembahan sebanyak 20 sen, dan oleh kerana ketika kantung
kolekti dijalankan jemaat tersebut tidak ada duit 5 sen untuk diberikan kepada
Tuhan, jadi beliau terpaksa memberikan wang persembahan sebanyak 20 sen, dan sekarang
saya mahu meminta baki wang persembahan saya sebanyak 15 sen. Maka oleh kerana
saya mengasihi dia saya mengembalikan wang bakinya sebanyak 15 sen.
Di sini kita dapat melihat bahawa
betapa kuat pemahaman mereka dan tanggapan mereka bahawa pemberian wang
persembahan itu hanya 5 sen, atau mereka berfikir bahawa, dikhususkan hanya 5
sen yang perlu diberikan kepada Tuhan sebagai wang persembahan. Pdt. Porodong
juga berkata ini cabaran utama yang perlu diperbaiki oleh semua penginjil pada
waktu itu, kerana jika keadaan ini berterusan dalam jangka waktu yang panjang
maka, tiada perubahan yang berlaku tetapi sebaliknya semakin sukar untuk
diperbaiki kerana sudah meresap di dalam fikiran setiap orang Kristian kata
beliau.
CABARAN-CABARAN LAIN
Di sini terdapat juga
cabaran-cabaran yang lain yang dihadapi oleh para penginjil awal. Sebagai
contoh ialah Pdt. Porodong sendiri. Semasa beliau melayani sebagai seorang gembala
pada waktu itubeliau pernah ditangkap beberapa kali. Banyak tuduhan yang
dicipta oleh agama Islam dan juga pemerintah pada ketika itu. Sebagai contoh
tuduhan dan fitnah yang pernah direka-reka oleh pemerintah ketika itu ialah
penginjil dituduh mengumpul duit secara haram. Tetapi semua itu sebenarnya
hanyalah fitnah semata-mata daripada individu yang tidak senang dengan
pelayanannya menyebarkan injil. Beberapa kali juga penginjil ditangkap dan
dimasukkan di dalam lokap. Mereka juga sering kali dipaksa untuk menjadi Islam
bersama dengan seluruh ahli keluarganya dan ditawarkan kerja yang sangat bagus
dan gaji yang cukup tinggi.[57]
Ketika beliau berada di penjara, mereka tidak
juga diseksa atau dipukul, tetapi pertanyaan yang berulang-ulang iaitu memaksa mereka
untuk memeluk agama Islam dan ditawarkan pekerjaan dan gaji yang sangat lumayan
tetapi mereka menolak dengan cara yang baik. Oleh kerana usaha mereka itu tidak
berjaya untuk mengislamkan beliau tidak berjaya, maka mereka menggunakan cara
yang lain.
Mereka hanya dapat berdoa untuk memohon
bantuan daripada Tuhan Yesus Kristus. Selalunya Tuhan sentiasa membuka jalan
untuk mereka melepasakan diri daripada segala cabaran tersebut.
CABARAN MELAYANI UNTUK
KONTEKS SOSIAL
Salah satu perkara yang saya tidak
dapat lupakan adalah ketika musim hujan dan banjir. Di mana sungai Bengkoka
penuh dengan air banjir, sehingga banjir tersebut melimpah dan memasuki
perkampungan atau rumah yang dekat dengan tebing sungai Bengkoka di masuki
dengan air dan ada rumah yang hampir tidak kelihatan kerana air terlalu dalam. Di
situ beliau mengambil peranan sebagai penyelamat. Beliau berkata saya
mengumpulkan semua penduduk kampung dan memindahkan semua keluarga yang rumah
mereka dimasuki air serta barang-barang berharga di dalam rumah tersebut ke
tempat yang lebih selamat.
Dan ada beberapa kali, ada orang
meninggal di seberang Bengkoka, dan pada waktu itu kebetulan hujan kuat dan
banjir dan tiada orang yang sanggup untuk mengambil beliau dari seberang kerana
arus banjir yang kuat dan deras. Tetapi beliau berkata kerana ini adalah
pelayanan untuk Tuhan maka beliau mengambil keputusan dan menguatkan semangat
dan melangkah dengan iman, Alkitab dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat
dengan tali dan kemudian Alkitab itu diikat di badan beliau kerana takut
Alkitab itu terlepas dari tangan, sesudah itu beliau berdoa kepada Tuhan untuk
meminta kekuatan dan semangat dan perlindungan dari Tuhan untuk melindungi
beliau sepanjang perjalanan beliau untuk menyeberangi sungai Bengkoka tersebut
dengan hanya berenang disaksikan oleh Isteri beliau dan penduduk kampung
tersebut.[58]
Pada tahun berikutnya, tetapi beliau
tidak menyatakan tahun tersebut, beliau berkata terdapat kematian di seberang Bengkoka
dan pada masa yang sama juga berlaku banjir besar, ketika beliau mula-mula
menyeberangi sungai tersebut, air sungai masih belum melimpah keluar dari
sungai Bengkoka, setelah selesai upacara sembayang dan hendak dikuburkan dan
tempat untuk mengebumikan mayat tersebut di seberang dan terpaksa berpatah balik
untuk menyeberang sungai Bengkoka tersebut,beliau terperanjat kerana air begitu
cepat naik sehingga dan ada beberapa rumah penduduk sudah yang ditengelami oleh
air. Pdt Porodong berkata beliau tiada pilihan lain kecuali menyeberangi sungai
bengkoka untuk menguburkan mayat tersebut. Kemudian apa yang dilakukan oleh
beliau ialah, mengikat kedua-dua hujung keranda itu dengan tali supaya tidak
terbuka dan dimasuki air. Porodong menjadikan keranda itu sebagai rakit untuk
menyeberangi sungai Bengkoka sambil dilihat oleh penduduk kampung.[59]
Porodong berkata cabaran tidak
berhenti disitu sahaja, apabila beliau berjaya menyeberangi sungai Bengkoka
tersebut, banyak perkara lagi yang beliau perlu lakukan kerana, waktu itu sudah
hampir gelap, dan cabaran beliau yang seterusnya ialah beliau terpaksa menggali
lubang kubur sendirian tanpa bantuan orang lain kerana pada waktu itu keadaan
banjir dan hujan kuat dan penduduk kampung takut keluar dari rumah
masing-masing. Beliau menggali lubang kubur sendirian tanpa bantuan orang lain
dan disertai oleh hujan kuat, dan hanya berbekalkan lampu suluh untuk menerangi
kawasan tersebut. Tambah beliau lagi lubang kubur yang telah digali itu
dimasuki oleh air hujan jadi terpaksa di timba[60]
untuk mengeluarkan air tersebut. Dan itu juga menghalan kelancaran penggalian
lubang kubur tersebut.
Beliau berkata, beliau memulakan
kerja-kerja menggali lubang kubur tersebut tepat jam 6:00 petang dan selesai
pada jam 2 pagi di mana mayat tersebut selamat dikebumikan. Ketika ditanya
apakah yang mendorong dan apakah tiada perasaan takut ketika seorang diri
melakukan pekerjaan tersebut, beliau berkata apabila pelayanan itu sudah
melekat dan menyatu di dalam darah serta melekat di dalam hidup kita, tiada yang
mampu untuk menghalangi termasuk
ketakutan kerana itu adalah pekerjaan Tuhan dan karya Roh Kudus kata beliau.[61]
KEGANASAN
1.Membakar
kenderaan yang dipakai oleh para penginjil pada waktu itu seperti perahu dan
basikal.
2.Gereja
dibakar di Salimpodon, tetapi gereja itu tidak terbakar sepenuhnya,
(Kemudian
gereja itu diberi nama yang baru dan dikenali sebagai Gereja Kinasaraban sampai
sekarang.
Sebenarnya kami tidak mendapat lebih
banyak maklumat tentang perkara yang disebutkan dia atas iaitu berkaitan dengan
keganasan. Tetapi menurut apa yang diceritakan oleh beliau kepada kami perkara
ini benar-benar telah terjadi pada tahun yang sama tetapi beliau tidak
menyatakan tahun bila ini berlaku. Apabila ditanya siapakah yang
bertanggungjawab melakukan perkara tersebut, Pdt. Porodong berkata terdapat
beberapa orang muslim yang melakukan hal tersebut kerana bertujuan untuk
menghalang perkembangan injil. Harapan mereka di atas apa yang mereka lakukan
itu ialah supaya menakut-nakutkan para penginjil pada waktu itu untuk
menyampaikan Firman Tuhan. Dan apabila ditanya apakah beliau takut ketika
perkara itu berlaku, beliau menjawab dengan satu jawaban yang sederhana iaitu;
“tiada seorang manusia pun yang mampu menghalang apabila Tuhan berkerja atas
Firman-Nya” ini jawaban yang diberikan oleh beliau.[62]
PERKEMBANGAN EKONOMI,
INJIL DAN KEROHANIAN
SURVEY KEADAAN EKONOMI
SEKITAR PAROKHI DANDUN
Kebanyakan
penduduk yang tinggal di sekitar Parokhi Dandun pada ketika awal kemasukan
berita baik di sana ialah terdiri daripada bangsa momogun iaitu Rungus,
Kimaragang, Tombonuo, Sungai, Sonsogon dan likabau. Pada masa itu kebanyakan
mereka menyara hidup dengan bergantung sepenuhnya kepada hasil bumi. Mereka
bercucuk tanam dan juga menternak binatang peliharaan. Tanaman biasanya ialah
seperti tanaman sara hidup semata-mata seperti padi dan juga jagung. Manakala
ternakan mereka ialah seperti babi dan ayam. Tujuan ternakan ini diternak bukan
sahaja untuk dijadikan sebagai sumber makanan tetapi juga dengan tujuan lain
iaitu untuk dipersembahkan kepada Rogon
ketika upacara keagamaan agama labus
atau pagan.
Keadaan
ekonomi mereka sangat mundur dan miskin. Keadaan ini berlaku kerana kepercayaan
mereka yang sungguh-sungguh mengongkong mereka daripada keluar daripada
kepompong kehidupan mereka yang mundur dan miskin. Mereka sangat takut kepada
kuasa rogon. Menurut kepercayaan dan
adat mereka, tidak boleh mengali atau mengorek lubang kecuali untuk tujuan
pengebumian orang mati. Mereka percaya sekiranya mereka mengorek lubang ini
akan menyebabkan rogon akan marah dan
mendatangkan musibah kepada mereka. Sangat banyak larangan yang mereka perlu
turuti. Oleh kerana itu mereka tidak dapat mengusahakan tanah mereka lebih
daripada yang dibenarkan.
Selain
itu tidak ada keluarga yang berpendidikan. Anak-anak tidak dibenarkan untuk
meninggalkan rumah terlalu lama kerana banyak upacara keagamaan yang wajib
dilakukan dan hanya boleh dilaksanakan dengan kehadiran seluruh anggota
keluarga. Oleh kerana itu hampir semua penduduk di sekitar Parokhi Dandun pada
awal kemasukan Injil Berita Baik ialah pada kadar buta huruf.
Ternyata
perkembangan sosio-ekonomi di Dandun sangat berkait rapat dengan perkembangan
Injil di Dandun. Pengaruh dan peranan kemasukan Injil dalam perkembangan
sosio-ekonomi penduduk tidak berlaku secara tidak langsung tetapi berlaku
secara langsung. Setiap perkembangan Injil juga menunjukkan perkembangan
sosio-ekonomi penduduk Dandun. Setiap perkembangan sosio-ekonomi awal pasti
kerana Injil Kristus.
KEADAAN EKONOMI SEBELUM
KEMASUKAN INJIL
Sebelum
kemasukan injil di Dandun, keadaan ekonominya adalah sangat teruk dan semua
penduduk di sana dibelengu dengan kemiskinan. Hal ini terjadi bukan kerana
mereka malas atau tidak mahu berusaha tetapi kerana kepercayaan pagan mereka
serta adat dan budaya mereka yang sungguh mengongkong mereka. Setiap suku kaum
mempunyai kepercayaan masing-masing. Namun satu yang jelas ialah mereka takut akan
ditimpa musibah apabila mereka melanggar peraturan agama pagan mereka itu.[63] Sebagai
contohnya, suku kaum tombonuo sangat mempercayai bahawa tidak boleh mengorek
lubang kecuali untuk tujuan menguburkan mayat orang mati kerana mereka percaya
jika mengorek lubang itu akan mengolupu[64]
kepada si pengoreknya atau keluarga si pengorek itu. Mereka sangat ingin
menanam kelapa dan mengusahakan industri minyak kelapa yang berkembang maju
pada waktu itu tetapi kerana ketakutan mereka itu maka mereka tidak dapat
melaksanakannya. Ada juga jalan penyelesaian bagi halangan ini namun bukan
mudah untuk dilaksanakan. Sekiranya mereka ingin mengorek lubang untuk menanam
kelapa mereka wajib memasukkan batu besar sebagi pengganti kepada jasad si
penggali atau keluarga si penggali dan supaya tidak ditimpa musibah. Ternyata
syarat itu sukar untuk dituruti. Akibatnya mereka hanya mampu dan berani
menanam padi , padi huma dan ubi kayu serta sayuran menjalar sahaja hanya untuk
kegunaan makanan sendiri sahaja kerana hanya jenis tanaman ini sahajalah yang
tidak memerlukan untuk mengorek lubang.[65]
Begitu
jugalah yang terjadi kepada suku kaum yang lain. Lebih teruk bagi orang suku
Rungus kerana tidak ada cara yang diketahui yang dapat menggelakkan musibah
terjadi sekiranya tanah dikorek selain untuk tujuan mongolobong.[66]Akibatnya
memang sangat teruk. Semua bangsa dalam rumpum momogun terus dihimpit
kemiskinan. Ternyata ramai yang sedang berharap agar boleh keluar daripada
kongkongan agama pagan yang sungguh meyeksakan ini.
Sebagai
alternatif, tidak ada cara lain bagi mereka untuk mendapatkan wang kecuali
hanya berharap sepenuhnya kepada hasil hutan yang memang sudah ada tanpa
ditanam. Sumber utama kewangan mereka hanyalah kepada Rotan. Sumber hutan Rotan
ini diambil dan dijadikan pelbagai kraftangan seperti barazit[67]dan
pelbagai kraftangan lain. Semua hasil kraftangan ini kemudiannya dijual
ditamu-tamu seperti di Rosob, di Dandun, di Pinapak, di Kabatasan dan di Kuili.
Walaubagaimanapun bukan selalu mereka dapat menjual hasil kraftangan mereka ini
kerana jarak tempat tamu yang sangat jauh dan tidak ada jalan yang baik. Ada
kalanya mereka terpaksa berjalan berhari-hari hanya untuk sampai ke tapak tamu.
Selalunya wang yang mereka perolehi hanya bertujuan dan hanya cukup untuk membeli
garam dan sedikit keperluan lain.[68]
Sebelum
kedatangan Injil Kristus di Dandun, penduduk di sana juga juga tidak mampu
untuk mencari pekerjaan kerana mereka tidak boleh berada jauh daripada keluarga
dalam jangka masa yang lama kerana dalam setiap ritual atau upacara agama labus, sesuatu ritual tidak boleh
dilangsungkan sekiranya semua ahli keluarga tidak hadir bersama. Dengan yang
demikian mereka tidak berani berada jauh dari keluarga dalam jangka masa yang
lama. Semua suku mempunyai kepercayaan yang sama dalam hal ini.[69]
Keadaan
sosio-ekonomi sebelum kedatangan Injil juga sangat menyedihkan. Rumah-rumah dibina
dengan keadaan yang memilukan. Mereka tidak dapat membina struktur rumah yang
baik kerana dibelengu oleh peraturan agama labus.
Selain itu langsung tidak ada sebarang infrasruktur asas.
KEADAAN EKONOMI SELEPAS
KEMASUKAN INJIL
Ternyata ramai yang sudah bosan dan
muak dengan peraturan dan kepercayaan agama labus[70]yang
sungguh menghimpit mereka dan menekan mereka supaya tetap tinggal berada di
paras kemiskinan yang tegar. Akhirnya pengharapan dan penyelamat yang selama
ini dinantikan tiba. Ketibaan Injil Kristus bersama dengan missionary[71]
nyata ditunggu-tunggu. Ketibaan Injil datang bersama dengan missionary yang pertama berbangsa Swiss
iaitu Eric Gugger pada tahun 1952. Walaubagaimanapun Injil ini tidak datang
terus ke Dandun tetapi melalui proses yang panjang.
Selepas ketibaan Injil Kristus ke
Dandun keadaan ekonomi penduduknya berubah dengan sangat positif dan secara
drastik. Walaupun proses untuk meyakinkan penduduk supaya tidak lagi takut
dengan kuasa rogon[72] mengambil
masa yang agak lama juga kerana mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat
dahulu. Mereka inginkan bukti nyata bahawa kuasa Injil Kristus itu lebih kuat
daripada kuasa rogon. Akhirnya
ternyata kuasa Tuhan Yesus lebih berkuasa daripada kuasa rogon mereka. Tidak ada musibah yang terjadi kepada mereka yang
sudah menerima Injil Kristus walaupun mereka melanggar peraturan agama labus iaitu dengan mengorek lubang untuk
menanam kelapa. Maka dengan itu mereka tidak takut lagi dengan kuasa rogon. Baiknya, mereka sangat memahami
bahawa untuk tidak lagi dikongkong oleh kuasa rogon tersebut, mereka perlu membuang seluruh kepercayaan agama labus dan menerima Tuhan Yesus sebagai
Tuhan dan Juruselamat peribadi mereka.
Dengan perkembangan ini ekonomi
mereka mulai berubah. Mereka dengan tanpa rasa takut dan terkongkong mulai
berani mengusahakan tanah mereka dengan tanaman yang dapat mendatangkan
kewangan kepada mereka dan seterusnya mengubah kehidupan mereka kepada satu
tahap yang lebih baik. Tanaman kelapa mulai diusahakan dengan pesat. Antara
pengusaha pertama yang berani ialah Mendiang En. Marudu.[73]
Selepas beliau ramai yang lain pun mulai berani untuk mengusahakan tanah mereka
tanpa perlu takut lagi dengan ancaman musibah daripada kuasa rogon.
Setelah Injil Kristus diterima
penduduk Dandun juga mulai berani untuk keluar ke tempat luar dari lingkungan
kawasan Dandun untuk mencari pekerjaan yang boleh memberikan sumber kewangan
yang lebih baik. Mereka sudah mulai berani berada berjauhan daripada keluarga
dalam jangka masa yang lam kerana keluarga tidak lagi perlu mengamalkan ritual
atau upacara keagamaan labus seperti
sebelum mereka menerima Injil Kristus. Secara langsung keadaan ini menyumbang
kepada peningkatan keadaan ekonomi penduduk Dandun.
Kini setelah Injil
Kristus bertapak di Dandun lebih daripada 50 tahun, keadaan ekonomi di Dandun
sungguh telah berubah sepenuhnya. Malahan tidak melebih-lebih rasanya sekiranya
boleh dikatakan bahawa Dandun merupakan salah satu kampung yang paling maju
berbanding dengan kampong disekitarnya. Sudah ramai penduduk kampung yang
berani dan bergelar usahawan yang berjaya sebagai contohnya ialah En. Ariffin
Marudu.[74]
Segala puji hormat dan kemuliaan kepada Tuhan Yesus Kristus kerana dengan
bertapaknya Injil Kristus di Dandun, maka keadaan ekonomi Dandun telah
ditransform sepenuhnya daripada yang sungguh menyedihkan kepada sesuatu yang
boleh dibanggakan.[75]
Kini hampir semua infrastruktur asas sudah ada. Terdapat sekolah rendah di
Dandun dan juga sebuah pusat kesihatan.
KEADAAN TAHAP KESIHATAN
SEBELUM KEMASUKAN INJIL
Sebelum kedatangan Injil Kristus di
Dandun tahap kesihatan amat rendah. Kadar kematian sangat tinggi. Banyak
kematian yang dianggap dimakan oleh rogon.
Banyak kes kematian yang disebabkan oleh wabak berbahaya seperti Malaria, Taun
dan Kolera kerana tahap kebersihan dan penjagaan kesihatan yang teruk. Ada
kalanya mereka tinggal bersama dengan binatang peliharaan mereka seperti babi. Pada
dasarnya semua wabak ini boleh dikawal dan diubati tetapi kerana sebelum Injil
Kristus masuk ke Dandun mereka hanya percaya kepada upacara ritual keagamaan labus seperti mamasi[76]dan
beberapa lagi ritual yang lain. Ramai anak-anak yang meninggal sebelum mencecah
usia muda mereka. Kebanyakkannya mati pada usia bayi lagi.
Mereka juga tidak tahu bagaimana
untuk menjaga kebersihan diri. Akibatnya kebanyakkan tubuh badan anak-anak
kecil dipenuhi oleh kudis buta yang sukar untuk sembuh. Mereka tidak memiliki
sabun untuk membersihkan tubuh badan dan untuk membersihkan pakaian mereka.
Keadaan tubuh badan sentiasa kotor.[77]
Sebelum kedatangan Injil Kristus
kebanyakan wabak penyakit terjadi kerana tidak ada kawalan kesihatan. Malaria
selalu mengancam nyawa mereka. Ada juga yang pernah mendengar tentang kelambu
yang dipakai ketika tidur untuk mengelakkan digigit oleh nyamuk pembawa vector malaria. Walaubagaimanapun mereka
tidak berani untuk menggunakan kelambu kerana bentuk kelambu yang bebentuk
empat segi yang seperti lungun[78]dan
berwarna putih. Kepercayaan momogun percaya bahawa amu kavasa[79]untuk
tidur di dalam kelambu kerana bentukknya itu yang akan mongolupu si pemakainya sendiri. Warna putih pula adalah amu kavasa kerana warna ini melambangkan
rogon atau kematian.[80]
KEADAAN TAHAP KESIHATAN
SELEPAS KEMASUKAN INJIL
Pada masa kemasukan Injil Kristus ke
Dandun bersama dengan Missionary,
bukan Injil Kristus sahaja yang dibawa oleh mereka tetapi juga kemajuan
termasuklah ilmu kesihatan. Para missionary
mengajarkan kepada penduduk kampung bagaimana menjaga kesihatan dan kebersihan
tubuh badan mereka. Selain daripada itu untuk semua tempat yang dijadikan oleh missionary sebagai koloni, mereka juga
membina Dispensary.[81]
Di dispensary ini mereka menyediakan ubat asas. Dengan hadirnya Injil di Dandun
para missionary menjelaskan hampir
semua penyakit boleh diubati dan dikawal dengan menggunakan ubat dan kuasa doa
kepada Tuhan Yesus Kristus.
Seperti kebiasannya, penduduk
mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu. Mereka ingin menguji
adakah ubat-ubatan dan doa dapat menyembuhkan penyakit mereka. Mereka juga
ingin mendapatkan bukti apakah benar Doa orang Kristian memang lebih berkuasa
daripada jampi-jampi bobolizan[82]
dan mereka ingin melihat apakah kuasa Tuhan Kristian itu lebih berkuasa
daripada kuasa tuhan mereka. Memang ternyata ubat-ubatan dan doa dapat
menyembuhkan penyakit mereka. Akhirnya mereka bukan sahaja menerima perubahan
dan percaya kepada ubat-ubatan tetapi juga kepada Tuhan Yesus Kristus. Dengan
yang demikian tahap kesihatan mereka bertambah baik. Kadar kematian berkurangan
dengan mendadak. Semua wabak berjangkit dapat dikawal dan dihapuskan. Mereka
mulai memahami bahawa bukan rogon
yang selalu berkuasa membawa kematian kepada mereka tetapi kerana penyakit.[83]
Missionary
juga membawa sabun untuk membersihkan badan penduduk kampung. Penduduk kampung
sangat kagum kerana sabun itu mampu memutihkan tubuh badan mereka yang hitam
legam kerana kotoran. Bukan itu sahaja malahan mereka sanggup berbaris untuk
meminta dibersihkan badan mereka oleh missionary dan Gembala.[84]
Penduduk kampung mulai belajar menjaga kesihatan dan kebersihan tubuh badan
termasuklah rumah mereka.
Segala hormat, kemuliaan dan Pujian
kepada Tuhan Yesus Kristus kerana selepas bertapaknya Injil Kristus di Dandun
keadaan tahap kesihatan mereka bertambah baik. Kebanyakkan penduduk mulai
berani datang ke dispensary untuk
meminta ubat dan berdoa kepada Tuhan Yesus Kristus.[85]
Dengan yang demikian kadar penyakit berjangkit dapat dikawal dan kadar kematian
juga berkurangan.
KEADAAN PENDIDIKAN
SEBELUM KEMASUKAN INJIL
Sebelum Injil Kristus masuk dan
bertapak di Dandun semua penduduk kampung adalah buta huruf. Anak-anak tidak
kesekolah kerana takut berjauhan dengan keluarga. Tambahan pula pada ketika itu
tidak terdapat sekolah di Dandun.
KEADAAN PENDIDIKAN SELEPAS
KEMASUKAN INJIL
Setelah kemasukan Injil Kristus di
Dandun penduduk kampung mulai mempunyai minat untuk belajar membaca dan
menulis. Seperti dispensary,missionary juga membina sekolah di
setiap penempatan koloni mereka termasuklah di Dandun. Hasilnya Sekolah
Kebangsaan Dandun dibina untuk memberikan pendidikan awal kepada penduduk
Dandun dan sekitarnya.
Penduduk kampung juga tidak lagi
takut untuk belajar di sekolah. Walaubagaimanapun, kebanyakan mereka hanya
mampu menamatkan pendidikan hingga ke tahun 6 sahaja. Lebih ramai lagi yang
tidak mampu menghabiskan pendidikan sekolah rendah kerana jarak rumah yang
terlalu jauh daripada sekolah dan sebahagian lagi kerana ibu bapa tidak mampu
untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
Satu yang nyata ialah taraf
pendidikan penduduk Dandun berkembang dengan sangat ketara selepas kedatangan
Injil Kristus terutamanya penduduk yang telah menerima Tuhan Yesus Kristus
sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadi. Haleluya!.
CARA PERHUBUNGAN PENGANGKUTAN
SEBELUM KEDATANGAN INJIL
Sebelum kedatangan Injil Kristus ke
Dandun tidak ada jalan perhubungan yang tedapat di sana. Yang ada hanyalah jalan tikus. Selain daripada jalan darat
hanya ada jalan melalui sungai sahaja. Oleh yang demikian semua penduduk yang
ingin ke tempat lain hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada menaiki gubang[86]
atau hanya dengan berjalan kaki.
Selalunya destinasi utama penduduk
ialah ke tamu-tamu. Walaubagaimanapun mereka terpaksa berjalan kaki selama
berjam-jam dan ada kalanya lebih daripada 1 hari perjalanan.[87]
Jika perjalanan terlalu jauh dengan melalui laluan darat maka mereka akan
menggunakan laluan sungai. Dengan mengikut laluan sungai masa perjalanan dapat
diperpendekkan. Walaubagaimanapun masanya tetap lama kerana mereka hanya
berdayung sahaja. Hanya dua cara ini sahaja cara perhubungan pengangkutan
sebelum kedatangannya Injil Kristus di Dandun.
CARA PERHUBUNGAN PENGANGKUTAN
SELEPAS KEDATANGAN INJIL
Walaupun Injil Kristus telah
bertapak di Dandun namun masih mengambil masa yang agak lama juga untuk adanya
jalan raya yang boleh dilalui oleh kenderaan pengangkutan darat. Missionary secara perlahan-lahan membawa
perubahan dalam pengangkutan. Mulanya missionary
membawa bot dengan enjin sangkut. Dengan
cara ini mereka dapat bergerak dengan sangat pantas berbanding dengan berdayung
sahaja dan malahan mereka juga boleh pergi lebih jauh. Dengan adanya bot dan
enjin sangkut ini juga maka sekiranya ada penduduk yang sakit dan perlu dibawa
ke pusat kesihatan yang lebih besar dan lengkap seperti di Kudat, maka mereka
boleh meminjam bot dan enjin sangkut missionary
untuk tujuan tersebut. Pada awalnya hanya missionary dan gereja sahaja yang
ada bot dan enjin sangkut. Walaupun demikian, gubang masih lagi digunakan oleh kebanyakan penduduk.
Ada juga tempat yang tidak boleh
dilalui oleh bot kerana sungainya berbatu dan cetek. Oleh yang demikian cara
berjalan kaki masih lagi merupakan satu cara perhubungan pengangkutan pada masa
itu. Lama-kelamaan jalan raya yang boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda
mulai di bina ke Dandun oleh para missionary.
Maka satu lagi cara pengangkutan diperkenalkan iaitu kenderaan kereta pacuan 4
roda. Selain daripada itu penduduk juga mulai berani menunggang haiwan
peliharaan sebagai perhubungan pengangkutan. Mereka akan menunggang kuda.[88]
KEADAAN HUBUNGAN RENTAS
SUKU DAN BUDAYA SEBELUM KEMASUKAN INJIL
Semua suku kaum mempunyai adat, tradisi,
peraturan, undang-undang dan kepercayaan beragama labus yang berbeza. Walaupun semuanya percaya akan kuasa rogon tetapi cara mereka mempercayainya
berbeza-beza. Malah cara mereka melakukan ritual keagamaan, persembahan dan
penyembahan juga berbeza beza. Nama roh yang disembah juga berbeza beza. Adat,
tradisi dan peraturan yang berbeza-beza ini akhirnya membawa kepada satu
keadaan yang saling tanding-menandingi. Setiap suku mahu menunjukkan bawa suku
mereka adalah yang lebih kuat daripada suku yang lain. Akhirnya keadaan ini
menjadikan hubungan rentas suku dan budaya yang sangat teruk. Tidak dibenarkan
berkahwin campur. Setiap suku tidak ada persefahaman dan tidak akan ada tolong
menolong. Semua suku saling memburuk-burukkan suku yang lain. Bukan sekadar
memburuk-burukkan suku yang lain tetapi juga sering bergaduh sehingga kepada
pergaduhan yang boleh membawa kepada kematian.[89]
KEADAAN HUBUNGAN RENTAS
SUKU DAN BUDAYA SELEPAS KEMASUKAN INJIL
Syukur kepada Tuhan Yesus Kristus
kerana melalui kedatangan Injil Kristus bersama dengan missionary pada masa itu ternyata mengubah keadaan hubungan rentas
suku dan budaya secara keseluruhan. Apabila Injil Kristus diterima di sana maka
KASIH diajarkan oleh missionary, Gembala
dan para penginjil yang dikenali sebagai penulung.
Kasih tidak memandang suku, kasih tidak melihat warna kulit, kasih tidak
menilai bahasa tetapi KASIH KRISTUS adalah KASIH TANPA SYARAT.
Dengan kasih ini mereka mulai
menerima satu sama yang lain. GEREJA adalah tempat utama rentas budaya ini
mulai dipersatukan. Injil Kristus menjadi ukuran untuk setiap persoalan rentas
budaya. Walaubagaimanapun adat dan nilai kesukuan masih terus dipertahankan.
Namun mereka tidak lagi saling bermusuhan. Perasaan saling membantu mulai
tertanam bermula di dalam Gereja. Mereka yang dulunya saling misindaat[90]
mulai saling mendoakan. Perkahwinan campur mulai berani dilakukan. Tidak ada
lagi halangan untuk bergaul rapat dengan suku kaum yang lain. Suku kaum lain
juga mulai menghormati adat, budaya dan tradisi suku kaum lain. Semuanya saling
menghormati bagi mereka yang telah menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan
Juruselamat mereka secara peribadi.[91]
Kini, keadaan hubungan rentas suku
dan budaya di Dandun terjaga dengan sangat indah. Sudah ramai keluarga yang
terbentuk hasil daripada perkahwinan campur. Perkahwinan campur bukan sahaja
terjadi dengan suku tempatan tetapi juga daripada suku di luar Dandun contohnya
suku Tionghua (cina), iban, murut dan pelbagai suku lain yang bukan suku asal
di Dandun. Ternyata kasih Tuhan Yesus mengubah dunia. Haleluya!
KEADAAN EKONOMI AWAL
GEREJA
Pada sejarah awal gereja PCS Dandun
keadaan ekonomi gereja sangat mundur. Seperti gereja-gereja yang lain, gereja
PCS Dandun juga dimulai hanya dengan diperbuat daripada kayu bulat dan daun
nipah. Gereja tidak dapat melakukan banyak perkara untuk membantu jemaat dan
penduduk tanpa mengharapkan bantuan dana daripada dana missionary.
Ada satu kesilapan pemahaman
tafsiran alkitab yang terjadi kepada jemaat awal gereja PCS Dandun pada ketika
itu iaitu yang tertulis dalam Lukas 21:1-4 iaitu tentang persembahan dua
keeping wang tembaga yang dikatakan oleh Tuhan Yesus sebagai lebih besar
nilainya daripada yang lain. Mereka silap memahami dan menafsir ayat alkitab
ini dan melakukan pemahaman mereka tentang ayat ini dengan sangat taat dan
serius bahawa hanya wang syiling sahaja yang boleh diberikan sebagai
persembahan kerana wang inilah yang paling besar nilainya untuk Tuhan. Mereka
takut dengan memberikan selaian daripada wang syiling 5 sen akan menyebabkan
Tuhan marah dan mereka akan berdosa.[92] Keadaan
ini sebenarnya bukan terjadi di Dandun sahaja tetapi hampir di seluruh Gereja
PCS.[93]
Akibatnya mereka hanya memberikan wang syiling 5 sen sebagai persembahan.
Walaupun sebenarnya mereka mampu untuk memberikan lebih daripada itu tetapi
mereka akan berusaha untuk mencari wang syiling 5 sen untuk dijadikan sebagai
persembahan. Keadaan ini berlarutan sehingga masa yang cukup lama di dalam
Gereja PCS.[94]
Kesan daripada pemberian 5 sen ini,
ekonomi gereja sangat menyedihkan. Persembahan mingguan di Dandun adalah
hanyalah sekitar RM5.00 sahaja seminggu. Pendapatan seperti ini tidak dapat
menampung segala kos pelayanan gereja PCS Dandun. Puji Tuhan kerana ada bantuan
dana daripada pihak missionary.
Didapati memang alasan inilah penyebab utama mengapa keadaan ekonomi Gereja
awal PCS Dandun tidak dapat berkembang dengan baik.
Selain
daripada itu tidak ada sumber kewangan lain yang boleh diperolehi loleh gereja.
Persepuluhan, ucapan syukur dan pelbagai lagi pemberian lain tidak sempat
diajarkan dan ditekankan dengan serius oleh para missionary sebelum mereka dihantar balik ke Negara asal
masing-masing.[95]
Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh gereja tanpa berharap kepada dana
bantuan daripada missionary.
Gaji gembala pada ketika itu
hanyalah RM80.00 sahaja sebulan. Walaupun hanya RM80.00 sebulan namun Gereja
PCS Dandun tetap sukar untuk dapat menggajikan Gembalanya. Gembala pula
terpaksa hidup dengan sungguh sukar. Gembala terpaksa menampung kehidupannya,
keluarganya dan pelayanannya dengan hanya gaji sebanyak RM80.00 sebulan itu
sahaja. Gembala tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menanam tanaman sara
hidup untuk menampung kehidupan seharian mereka.
Secara keseluruhannya keadaan
ekonomi gereja awal PCS di Dandun adalah teruk. Kewangan dan pemikiran jemaat
tentang kewangan dan ekonomi gereja sangat sempit. Tidak ada usaha lain yang
dapat dilakukan untuk menambahbaik keadaan ekonomi gereja pada sejarah awal
gereja PCS Dandun.
KEADAAN EKONOMI GEREJA
SEKARANG
Selang masa berlalu, telah ramai
yang mulai memahami tentang tanggungjawab mereka kepada kemandirian ekonomi
gereja PCS Dandun. Gembala yang seterusnya yang ditempatkan di PCS Dandun mulai
mengajar jemaat di sana tentang erti sebenar persembahan kepada Tuhan.
Pemahaman dan tafsiran yang salah mulai diperbetulkan. Perlahan tetapi
konsisten, akhirnya ramai mulai memahami bertapa besarnya peranan mereka dalam
kemandirian gereja PCS Dandun melalui pemberian mereka dalam bentuk wang
ringgit kepada Gereja.
Kini jemaat PCS Dandun sudah
memahami tentang Persembahan, Persepuluhan, ucapan syukur, rukut dan banyak
lagi cara pemberian kepada Tuhan untuk pembangunan Gereja mereka. Bukan semua,
tetapi sudah ramai yang setia memberikan pemberian yang patut mereka berikan
kepada Gereja dengan penuh tanggungjawab dan sukacita. Pendapatan gereja
semakin baik. Keadaan ekonomi gereja juga semakin baik.
Dengan keadaan ini gereja dapat
melakukan banyak tanggungjawab pelayanan sosial kepada jemaat yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, kini gereja PCS Dandun sudah mampu untuk menggajikan Gembala
mereka sendiri. Gereja PCS Dandun juga dapat mampu membantu pelayanan di PCS
Pusat dengan rukut tahunan yang mereka berikan kepada PCS Pusat. Selain
daripada itu mereka juga mampu membantu gereja lain disekitarnya yang
memerlukan bantuan samada dalam bentuk wang, tenaga atau kebendaan.
Kini PCS Dandun merupakan station parokhi antara yang terbaik di
bahagian Daerah Pitas. Pendapatannya antara yang paling besar diseluruh PCS
bahagian Pitas dan antara penyumbang Rukut Tahunan ke Pusat yang utama. Secara
tidak langsung keadaan ini menunjukkan bahawa keadaan ekonomi penduduk juga
menjadi sangat baik sekarang ini. Terima kasih kepada kehadiran Injil Berita
Baik Kristus yang telah mengubah segala-galanya.[96]
KESAN KEMASUKAN INJIL
KEPADA KEMAJUAN BANGSA RUMPUN MOMOGUN DI DANDUN[97]
Banyak kesan positif yang terjadi
kerana kemasukan Injil Kristus di Dandun. Tidak ada kesan buruk tetapi hanya
kesan positif. Beberapa kesan positif ketara kerana kemasukan Injil Kristus di
Dandun ialah:-
-
Bermulanya bangunan rumah
yang lebih baik
Dahulunya
struktur rumah hanya dibina dengan tujuan sementara dan tidak bersifat kekal. Kekuatan struktur rumah juga tidak
kukuh kerana mereka membina struktur rumah ini hanya dengan menggunakan kayu
bulat yang tidak berpaku (hanya diikat dengan rotan) dan tiang rumah hanya
dipacakkan ditanah kerana amu kavasa
untuk menggali lubang untuk tujuan menanam tiang rumah.[98]
Memaku juga tidak dibenarkan. Namun selepas Injil diterima mereka mulai berani
untuk mendirikan struktur rumah yang lebih baik dan bersifat kekal lama kerana
mereka tidak lagi takut dan perlu menuruti peraturan kepercayaan agama labus.
-
Tidak perlu lagi
berpindah randah
Orang
beragama labus mempercayai sekiranya
ada orang yang meninggal dirumah tersebut maka seluruh rumah telah dikutuk dan
harus ditinggalkan dan membina satu rumah (penempatan) baru walaupun rumah itu
baru sahaja didiami. Keadaan ini menyebabkan mereka selalu berpindah randah.
Selepas Injil Kristus diterima maka kepercayaan agama labus ini tidak lagi menghantui mereka.
-
Tanaman kekal dan
bersifat ekonomi mulai ditanam
Oleh
kerana pada asalnya mereka adalah kaum yang berpindah randah maka mereka tidak
menanam tanaman kekal dan bersifat ekonomi tetapi hanya menanam tanaman sara
diri yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh masa yang singkat seperti padi,
padi huma, jagung dan ubi kayu. Tetapi selepas Injil Kristus diterima mereka
mulai menanam jenis tanaman kekal dan bersifat ekonomi seperti Kelapa kerana
mereka tidak lagi perlu takut dengan kutuk dan musibah seperti yang dipercayai
oleh agama labus.
-
Hubungan rentas suku dan
budaya menjadi sangat baik
Paling
ketara ialah hubungan rentas suku dan budaya menjadi sangat baik. Tidak ada
lagi permusuhan malah sudah terdapat kahwin campur. Semua suku menghormati sesama
suku. Adat dan tradisi disesuaikan dengan konteks Kekristianan dan alkitab.
Segala adat dan tradisi yang boleh mengakibatkan perpecahan dibuang dan adat
yang baik diteruskan sehingga sekarang. Selain itu kebanyakan penduduk boleh
berbahasa menggunakan hampir kesemua bahasa dari suku asal tempatan yang
berbeza seperti bahasa Rungus, Tombonuo, Sungoi, Kimaragang, Sonsogon, Sandayoh
dan beberapa bahasa suku yang lain yang terdapat di Dandun. Keadaan ini nyata
membawa perkembangan yang sangat positif dalam perkembangan rentas suku dan
budaya penduduk Dandun.
GEREJA SEBAGAI SUMBER
PERKEMBANGAN SOSIO-EKONOMI
Tidak dapat dinafikan bahawa semua
perkembangan bermula di Gereja. Salah satu perkembangan sosio-ekonomi yang
paling ketara bermula di gereja ialah pemilihan ketua kampung pada masa itu.
Ketua gereja dengan secara otomatik dilantik sebagai ketua kampung.[99]
Hal ini ternyata membawa kesan positif yang sangat besar kepada pembangunan
gereja dan seterusnya sosio-ekonomi di Dandun. Banyak bantuan pembangunan
kampung daripada kerajaan memerintah dinikmati kerana mudah untuk berbincang
sesama mereka di dalam gereja. Persetujuan mudah dicapai. Tidak banyak lagi
larangan yang mereka takuti untuk memajukan kampung.
Selain daripada itu gereja juga
ternyata menjadi satu kuasa pemangkin kemajuan di Dandun. Buktinya ialah dengan
kuasa yang ada di dalam gereja maka dibina satu Dispensary di Dandun dan sebuah sekolah dibina di Dandun. Semua ini
benar-benar merubah suasana kehidupan di Dandun daripada menyedihkan kepada
menjadi satu kampung yang maju.
Di dalam gereja jugalah bermulanya
penyatuan dalam rentas suku dan budaya penduduk Dandun. Di dalam gereja jugalah
terjadinya kesatuan dalam budaya yang berbeza beza.[100] Walaupun
budaya yang berbeza-beza tetapi semuanya dipersatukan didalam kasih karunia
Tuhan Yesus Kristus.
Selain daripada itu sumbangan gereja
kepada sosio-ekonomi juga dapat diperhatikan di dalam cara gereja memberikan
bantuan sosial kepada penduduk Dandun. Gereja menjadi pembantu utama masyarakat
setempat kerana ada bot dan enjin sangkut yang boleh dipinjam sekiranya
diperlukan.[101]
Walaupun pada dasarnya bot dan enjin sangkut ini digunakan khusus untuk
pelayanan tetapi gereja tetap membantu penduduk setempat yang memerlukan
terutamanya kepada jemaatnya. Selalunya bot dan enjin sangkut ini digunakan
untuk menghantar orang sakit ke pusat kesihatan yang lebih baik dan juga sekali
sekala digunakan untuk membawa barang jualan yang ingin dijual di tamu.[102]
Banyak lagi perkara yang menjadikan
gereja sebagai sumber perkembangan sosio-ekonomi penduduk. Satu yang pasti
ialah semua perkembangan ini hanya kerana KASIH TUHAN YESUS KRISTUS.
PERKEMBANGAN INJIL DI
DANDUN
Perkembangan Injil Kristus di Dandun
berkembang dengan sangat cepat. Hal ini terjadi kerana tindakan para missionary yang sangat efektif dalam hal
perkembangan penyebaran Injil iaitu mereka melantik banyak ponulung untuk membantu mereka dalam pelayanan. Ramai ponulung mulai direkrut untuk
memberitakan injil. Antara angkatan pertama yang direkrut ialah:-[103]
1) Mendiang
KK Sulamai
2) En.
Ev Manggong Sarazah
3) En.
Ev Politu
4) Mendiang
En. Ev Matangkis
5) En.
Ev Mojeii
6) En.
Ev Guramon
7) En.
Ev Moguru Sodikit
8) En.
Ev Masayu
9) En.
Ev Londui
10) En.
Ev Bonduk
11) En.
Ev Bolondui
12) En.
Ev Angat
13) En.
Ev Jukir
14) En.
Ev Luksin
15) En.
Ev Momin
16) En.
Ev Jontawa
17) En.
Ev Ongoh
18) En.
Ev Modudun
19) En.
Ev Wosingon
20) En.
Ev Obin
21) En.
Ev Mojinal Kalayow (sekarang Pendeta bersara dan melayani di Kelompok
Kabatasan, Parokhi Dandun, Daerah Pitas)
Mereka
inilah angkatan pertama yang telah dilatih dan dilantik oleh missionary untuk menjadi penginjil.
Dengan adanya mereka ini, nyata perkembangan injil di Dandun menjadi sangat
cepat berkembang malahan akhirnya para penginjil ini bukan sahaja menginjil di
Dandun tetapi juga di luar Dandun.
Ada
yang dihantar untuk masuk ke Sekolah Alkitab Tinangol untuk mendapatkan pendidikan
formal tentang Alkitab supaya boleh menjadi gembala (manaud puruvan) di dalam Gereja PCS. Antara penginjial yang
dihantar ke Sekolah Alkitab Tinangol dan menjadi salah satu daripada angkatan
pertama di Sekolah Alkitab Tinangol ialah Pendeta Mojinal Kalayow.[104]
Kini
perkembangan Injil Kristus di Dandun tetap bertumbuh. Walaupun perlahan
dibandingkan dengan dahulu tetapi tetap berkembang. Sekarang 99% penduduk Kg.
Dandun telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat secara peribadi.[105]
PERKEMBANGAN KEROHANIAN
Pada mulanya perkembangan kerohanian
di Dandun sama seperti kebanyakan gereja PCS di tempat yang lain juga. Erti
kerohanian kurang difahami. Masih juga ramai yang walaupun menerima Tuhan Yesus
sebagai Tuhan dan Juruselamat tetapi masih tetap mengamalkan banyak perkara
yang tidak lagi sepatutnya diamalkan contohnya masih ada yang masih mengamalkan
ilmu hitam dan berlindung kepada tangkal-tangkal.[106]
Beberapa kebiasaan, budaya dan
tradisi yang kurang baik yang lain juga sukar untuk ditinggalkan pada awal
perkembangan kerohanian contohnya minum arak buatan sendiri sehingga mabuk.
Walaubagaimanapun, secara
perlahan-lahan jemaat mulai memahami erti kerohanian yang sebenar. Mereka mulai
belajar mempraktikkan kehidupan seperti yang sepatutnya. Semua tangkal dibakar,
seluruh kepercayaan dan pengharapan serta perlindungan diserahkan kepada Tuhan
Yesus Kristus. Walaupun berat hati dan penuh dengan keraguan tetapi dengan
berani mereka meninggalkan semua itu. Alkitab menjadi penghiburan utama. Roh
Kudus menjadi harapan perlindungan dan hidup diserahkan sepenuhnya kepada
kekuasaan Tuhan Yesus Kristus.[107]
Dari semasa ke semasa perkembangan kerohanian mereka mulai dibangun dengan
Firman Tuhan dan kesaksian hidup yang mereka alami sendiri bersama-sama dengan
Tuhan Yesus Kristus. Segala kemuliaan hanya bagi Tuhan Yesus Kristus.
GEREJA PCS DI DANDUN
SEKARANG
Kini gereja PCS Dandun telah maju
dalam segala aspek termasuk ekonomi dan kerohanian. Semua jemaat dapat
berkerjasama dalam menatalayan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan
oleh Tuhan Yesus Kristus kepada mereka semua. Sejarah unik dan sangat menarik
kemasukan Injil Kristus di Dandun diingati dan dihormati. Semua peribadi yang
banyak berkorban dalam penyebaran Injil Kristus dan perkembangan Injil Kristus
di Dandun diingati dan dijadikan sumber rujukan dan sumber nasihat yang tidak
ternilai harganya.
Dandun kini memiliki sebuah Gereja
PCS yang dilengkapi oleh kelengkapan moden dan peralatan pelayanan moden
seperti peralatan muzik yang lengkap. Mereka juga memiliki sebuah rumah gembala
yang masih kukuh, sebuah gereja kanak-kanak yang masih kukuh dan terbaru mereka
telah memiliki sebuah Tadika Gereja yang diurustadbir dan diselia oleh Gereja
PCS Dandun. Haleluya.
Gereja PCS Dandun pada tahun ini
memiliki seorang Gembala sepenuh masa yang dibayar gaji. Selain itu Gereja PCS
Dandun juga mempunyai seorang pelajar Praktikal dari Sekolah Tinggi Teologi,
Jakarta, Indonesia.
Keadaan ekonomi gereja juga berada
dalam keadaan yang baik. Jemaat sudah memahami tanggungjawab mereka kepada
gereja. Mereka memberikan pemberian untuk semua pemberian yang sepatutnya
mereka berikan kepada Tuhan. Tidak ada lagi keraguan tentang Tuhan Yesus. Hidup
kerohanian mereka juga bertumbuh dengan baik. Makna hidup bersama dengan Yesus
semakin difahami. Tuhan Yesus dimuliakan di tanah Dandun.[108]
Haleluya!.
KESIMPULAN
Haleluya! Puji Tuhan! Ternyata
kedatangan Injil Berita Baik membawa pembebasan dan hidup yang baru kepada
semua penduduk di sekitar Dandun Pusat. Kehidupan yang dulunya sungguh amat
menyedihkan kerana terlalu terkongkong oleh adat istiadat dan kepercayaan labus mereka diubah sepenuhnya. Selepas
kedatangan Injil hidup mereka berubah sepenuhnya. Keadaan mereka berubah
keseluruhannya.
Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah
kehidupan masyarakat di Dandun tanpa kehadiran injil berita baik ini. Ternyata
masyarakat momogun di Dandun telah lama menantikan penyelamat yang dapat mengeluarkan mereka daripada kongkongan yang
selama ini menekan dan menyiksakan.
Semua yang telah ditemuramah sama
ada secara formal mahupun tidak formal[109]
bersetuju bahawa kedatangan Injil merupakan salah satu peristiwa yang
benar-benar telah mengubah haluan sejarah masyarakat di Dandun. Jika sebelum
kedatangan Injil seakan-akan mereka tidak berpengharapan dan sangat mundur,
tetapi selepas kedatangan Injil berita Baik di Dandun segalanya berubah kerana
sekarang sudah ramai penduduk di Dandun yang berjaya dalam kehidupan
masing-masing.
Kesimpulannya, kedatangan Injil
berita baik terbukti lebih penting daripada segalanya. Dalam Injil Kristus
terkandung kuasa yang mampu mengubah Bangsa malahan Negara itu sendiri. Di
dalam Injil ada Iman, Pengharapan, Kasih dan yang paling penting antara
segalanya itu ialah KASIH. Kasih Tuhan Yesus melalui Injillah yang akan
menyelamatkan seluruh manusia di Dunia. DANDUN MILIK TUHAN YESUS. AMEN!
PENUTUP
Akhirnya kami pelajar Pusat
Pendidikan Teologi, Tahun 1, Semester 2, ambilan 2016 untuk kumpulan kajian
untuk Parokhi Dandun yang terdiri daripada Wilcius Tetmin, Azlan Nordin,
Rickson Matangan, Jahani Mathis dan Iirwyn Mulia ingin mengucap syukur yang tidak
habis-habisnya kepada Tuhan Yesus Kristus kerana hanya dengan Kasih Karunia dan
anugerah-Nya kami dimampukan untuk menyelesaikan tugasan yang sangat penting
ini. Kami menganggap tugasan ini sangat penting dan sangat bernilai untuk disiapkan
kerana hasil daripada kajian ini akan menjadi satu rujukan dan fakta sejarah
yang sangat penting untuk generasi yang akan datang. Kami sentiasa mengingat
kepada nasihat daripada Kitab Amsal bahawa “permulaan kepada hikmat ialah takut
akan Tuhan”. Terima kasih Tuhan Yesus.
Usaha keras kami hampir pasti akan
menjadi sia-sia tanpa bantuan daripada individu-individu yang banyak membantu
kami dalam menyiapkan tugasan kami ini samada secara langsung mahupun tidak
langsung. Mungkin banyak nama yang tidak dapat disenaraikan, tetapi doa kami
akan sentiasa bersama dengan anda semua. Dengan itu kami ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada nama-nama di bawah ini:-
1) Pdt
Josip Dazong, Pengetua Pusat Pendidikan Teologi, 2016 – guru pembimbing
2) Pdt.
Porodong Magilin, Mantan Gembala PCS Dandun berbangsa tempatan yang pertama
3) En.
Tain, angkatan pertama yang menerima Injil di Dandun dan menjadi pemerhati
perkembangan Injil mula-mula di Dandun
4) Pn.
Tiamim, Isteri kepada En. Tain, bekas pekerja di Dispensary Dandun
5) En.
Apin Marudu, Anak kepada mendiang En. Marudu, keluarga pertama yang menerima
Injil dan di atas tanah merekalah dibina gereja pertama di Dandun
6) En.
Masandur, antara pembantu-pembantu atau penolong-penolong kepada Pdt. Porodong
yang terawal di Dandun
7)
KK. Tetmin Gawan, Ketua
Kampung Kg. Bilangau Kecil, Pitas, merupakan cucu kepada keluarga penerima
Injil pertama di Kg. Bilangau (salah satu laluan ke Dandun dan saksi kepada
pelayanan Pdt Porodong di sekitar Dandun-Bilangau)
8)
Pdt Mojinal Kalayow,
Angkatan pertama yang dihantar ke Sekolah Alkitab Tinangol dari Parokhi Dandun
9)
Pdt Ingi Masabi,
peribadi yang memberikan kami maklumat tentang individu-individu yang boleh
ditemuramah di Dandun (sebagai rujukan)
Akhir sekali kami ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua keluarga kami, Isteri kepada Wilcius Tetmin dan anak-anaknya,
Isteri kepada Azlan Nordin dan anak-anaknya, Isteri kepada Rickson Matangan dan
anak-anaknya yang sentiasa memberikan sokongan dan memahami kesibukan kami
untuk menyelesaikan tugasan ini. Pengorbanan anda semua ketika ketiadaan kami
amat kami hargai dan sanjungi. Bagi kami andalah wanita terbaik di dunia ini
yang telah disediakan bagi kami semua. Tidak lupa juga kepada semua ibu bapa
kami yang juga sangat menyokong kami dalam bentuk nasihat, doa dan juga
kewangan sehinggalah selesai kajian kami ini. Bantuan dan nasihat anda semua
akan kami pegang selama-lamanya. Kepada semua rakan-rakan sama ada di PPT
mahupun di luar PPT, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
anda semua. UPAHMU BESAR DI SYURGA!. Amen.
[1]Otto Dilger, Kisah Gereja Protestan Sabah 1950-175, disunting
oleh Judy Berinai dan Jensey Mojuin, diterjemahkan
oleh Judy Berinai (Kota Kinabalu: Seminari Teologi Sabah, 2010),
7.
[17]Puan Tiamim Mabi, antara
penduduk awal kampung Dandun Pusat, wawancara oleh penulis, 9Julai 2016.
[18]En Apin bin Marudu, antara
penduduk awal kampung Dandun Pusat, wawancara oleh penulis, 9 Julai 2016.
[24]Kayu bulat adalah batang
pokok yang tidak dibentuk menjadi tiang seperti tiang rumah pada masa kini.
[29] Pdt. Porodong Mogilin,
bekas gembala PCS Dandun Pusat (1970-1977), perkongsian luahan perasaan ketika
temuramah oleh team pengkaji, 3 Julai 2016.
[30] KK. Tetmin Gawan, Ketua
Kampung kg. Bilangau Kecil, Pitas, merupakan cucu kepada keluarga penerima
Injil pertama di kg. Bilangau, dalam temuramah pada 21 Ogos 2016.
[31] Merujuk kepada Pdt.
Porodong Magilin.
[33] Dalam bahasa Rungus
yang bermaksud kami tidak pernah nampak.
[34] Sejenis kain tebal yang
dibentuk dengan suatu bentuk yang khusus menyerupai mahkota raja untuk
dikenakan di atas kepala seorang lelaki Rungus.
[35] Sejenis benda yang
diperbuat daripada rotan dibentuk seperti sebuah bakul besar yang boleh
disandang seperti sebuah beg, digunakan untuk mengumpulkan hasil-hasil pertanian
untuk dibawa balik ke rumah.
[36] Pdt. Porodong Magilin,
menjelaskan kebolehan para missionary
bertutur dalam bahasa Rungus, sewaktu temuramah team pengkaji, 3 Julai 2016.
[37] Binsos Omisang, ed., Majalah PCS 50, 1952-2002 (Sabah:Gereja
Protestan Di Sabah (PCS), 2002), 43.
[38] Ibid.
[40] Sebagaimana temuramah
dengan En. Tetmin Gawan, ketua kampung kampung bilangau Kecil dan merupakan
cucu kepada keluarga penerima injil pertama di kampung Bilangau.
[43] Suku kaum rungus sangat
sinonim dengan tagad, di dalam bahasa
melayu tagad bermaksud adalah
penanaman padi bukit, atau menanam padi di lereng bukit.
[44] Meninta bantuan kepada
orang lain untuk menyeberangi sungai dengan perahu milik orang yang satu lagi
[45] Maksud dari perbualan
tersebut adalah seperti berikut; bolehkah saya minta tolong kamu ambil saya
dari sini dengan menggunakan perahu? Jawaban minta tolong dengan Tuhan kamu
untuk kasi seberang kamu disini. Porodong nanti saya bayar juga kamu bah dua
ringgit. Jawaban kalau bukan kerana saya kasihan dengan kau saya tidak kasi
seberang kau disini
[46] Tomu pasar tani tempat untuk memasarkan hasil tanaman atau untuk
membeli keperluan harian seperti sayur dan sebagainya.
[47] Bavang sungai, apabila mereka menemui sungai mereka akan berhenti
di situ untuk mencari bahan makanan.
[48] Magavang bersembunyi di atas pokok pada waktu malam dan duduk
diam-diam untuk melihat jika ada binatang liar yang melalui tempat itu akan
ditembak dan dijadikan makanan.
[49] Porodong
Magilin,,sebagai pendeta jemaat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh
penulis di rumahnya, 3 Julai 2016.
[50] Pagan sekumpulan masyarakat yang tidak mempunyi agama atau kafir.
Zaman nenek moyang seperti suku kaum rungus yang menyembah kepada berhala dan
mempunyi banyak tuhan seperti pokok besar, batu besar dan lain-lain
[51] Porodong Magilin,
sebagai pendeta jemat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh penulis di
rumahnya, 2016.
[52] Mitos adalah cerita
dongeng yang tidak dapat dipastikan kebenarannya
[53] bermaksud sejenis
binatang atau manusia yang dikorbankan untuk dipersembahkan kepada hantu,
seperti riual-ritual pemujaan masyarakat rungus pada masa itu “diberi makan
kepada hantu”
[54] Bobolizan, masyarakat rungus sangat sinonim dengan bobolizan,
bobolizan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat rungus kerana, bobolizan
memainkan peranan yang sangat penting di dalam acara-acara tertentu seperti
pemujaan, bobolizan juga bertindak sebagai perantara antara orang sakit dengan
hantu dengan meminta petunjuk dari hantu-hantu tertentu untuk bertanya apakah
sakit atau masalah orang tersebut. Jadi bobolizan sangat berpengaruh kepada
masyarakat rungus pada masa itu.
[55] Missionary adalah Mubaligh Kristen atau penginjil yang memberitakan
kabar sukacita tentang Yesus, bahawa setiap yang percaya kepada Yesus akan
diselamatkan.
[56] Porodong Magilin, sebagai
pendeta jemaat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh penulis di rumahnya,
3 Julai 2016.
[57] Pdt Porodong Magilin, sebagai
pendeta jemaat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh penulis di rumahnya,
3 Julai 2016.
[58] Pdt Porodong Magilin, sebagai
pendeta jemaat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh penulis di rumahnya,
3 Julai 2016
[59] Porodong Magilin, sebagai
pendeta jemaat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh penulis di rumahnya,
3 Julai 2016.
[60] Timba sejenis alat seperti gayung untuk mengeluarkan air tersebut
dari lubang kubur tersebut.
[61] Porodong Magilin, sebagai
pendeta jemaat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh penulis di rumahnya,
3 Julai 2016.
[62] Porodong
Magilin,,sebagai pendeta jemaat PCS Kampung Tinangol Kudat, wawancara oleh
penulis di rumahnya, 3 Julai 2016.
[63]Seperti temuramah dengan
Pdt Porodong, Gembala Pertama yang ditempatkan di Dandun
[64]Menyatakan kutuk dan
harapan agar cepat mati
[65]Seperti temuramah dengan
En. Apin Marudu, salah satu angkatan pertama yang menerima Injil
[66]Pengkebumian
[67]Seakan-akan beg galas
dengan mulut terbuka dan dibuat sepenuhnya oleh Rotan
[68]Seperti temuramah dengan
Pdt Porodong, Gembala pertama yang ditempatkan di Dandun
[69]Seperti temuramah dengan
Pdt Porodong, Gembala Pertama yang ditempatkan di Dandun
[70]Pagan
[71]Mubaligh dari Negara
barat
[72]Hantu, kuasa gelap,
kuasa iblis
[73]Orang pertama yang
menerima Injil Kristus di Dandun. Ditanahnyalah letaknya gereja pertama di
Dandun. Dan sehingga kini bangunan gereja ketiga masih berada di tanahnya.
[74]Anak En. Marudu yang
merupakan juga salah seorang daripada angkatan pertama yang menerima Injil
Kristus di Dandun
[75]Seperti temuramah dengan
Pn. Tiamim, salah seorang daripada kerluarga angkatan pertama yang menerima
Injil Kristus di Dandun
[76]Satu upacara ritual
memanggiil roh untuk meminta bantuan agar si sakit dapat disembuhkan. Pada ritual
ini korban binatang akan dipersembahkan kepada rogon. Selalunya binatang yang dikorbankan ialah Babi. Ritual ini
sugguh membebankan kelurga si sakit kerana memerlukan babi sebagi korban
sedangkan kadang-kadang mereka tidak mampu lagi untuk mempersembahkan korban
tersebut
[77] Seperti temuramah
dengan En. Tain. Beliau adalah seorang cina yang berasal dari kudat.
Bersama-sama di dandun pada masa kemasukan Injil Kristus ke Dandun. Beliau
salah seorang yang masih hidup yang menyaksikan sendiri perkembangan Injil di
Dandun
[78] Keranda
[79] Tidak boleh, akan
mendatangkan musibah
[80] Maklumat diperolehi
daripada Pdt Mojinal Kalayow, Salah seorang bapa gereja PCS
[81] Pusat Kesihatan Mini
[82] Bomoh perempuan yang
bertanggungjawab menjalankan ritual agama labus.
Hanya mereka yang dibenarkan dan mempunyai kuasa ajaib untuk berhubungan dengan
roh
[83] Seperti temuramah
dengan En. Masandur, pada 9hb Julai 2016 di rumah kediamannya di Kg Dandun.
Beliau ialah angkatan pertama yang menerima Injil Kristus. Pada masa Injil
Kristus tiba di Dandun beliau sudah berusia 15 Tahun.
[84] Seperti temuramah
dengan Pdt. Porodong. Pada mulanya hanya kanak-kanak yang minta badan mereka
dibersihkan. Tetapi lama-kelamaan bukan hanya kanak-kanak tetapi juga
termasuklah mereka yang sudah remaja.
[85] Seperti maklumat yang
diperolehi daripada semua yang ditemuramah. Semua yang ditemuramah menceritakan
hal yang sama
[86]Sejenis perahu
seakan-akan kanu yang di buat dengan tangan daripada hanya sebantang pokok.
Caranya dibuat ialah dengan batang pokok itu dipahat dan dibentuk menjadi
perahu. Lazimnya saiznya ialah kecil dan hanya mampu memuatkan 1-3 orang
sahaja. Ianya bergerak hanya dengan berdayung.
[87]Seperti temuramah dengan
Pdt. Porodong
[88]Menurut temuramah dengan
Pdt. Porodong, sepanjang beliau di Dandun, dia hanya pernah melihat Kuda yang
ditunggang. Tidak pernah dia melihat haiwan peliharaan yang lain ditunggang.
[89]Seperti temuramah dengan
En. Apin Marudu
[90]Satu perbuatan yang
dilakukan untuk tujuan jahat kepada orang lain dengan menggunakan ilmu hitam.
Mungkin sama dengan voodoo dalam
kepercayaan orang kulit hitam
[91]Seperti temuramah dengan
En. Apin Marudu
[92]Menurut pengalaman Pdt
Porodong, ada satu ketika seorang jemaat wanita memasukkan wang kertas sebanyak
RM2.00 kerana dia tidak mempunyai wang syiling 5 sen. Selepas acara pemungutan
persembahan, wanita itu datang berjumpa dengan Pdt. Porodong dan meminta semula
baki wang sebanyak RM1.95 kerana dia hanya ingin memberikan 5 sen sahaja kerana
takut Tuhan marah dan takut berdosa kerana tidak memberikan persembahan yang
paling bernilai untuk Tuhan.
[93]Seperti maklumat yang
diperolehi daripada Pdt. Porodong. Selepas beliau dipindahkan ke tempat yang
lain sebagai gembala jemaat di situ, beliau mendapati bahawa di gereja yang
baru dia ditempatkan juga mengalami pemahaman tafsiran yang salah tentang
pemberian
[94]Semua peribadi yang
ditermuramah memberikan maklumat yang sama tentang hal ini. Walaubagaimanapun
menurut pendapat Pdt. Porodong, pihak missionary
mungkin terlepas pandang akan hal ini. Apabila mereka menyedarinya sudah
terlambat untuk diperbaiki kerana mereka telah dipaksa dihantar balik ke Negara
asal mereka. En. Masandur pula berpendapat mungkin missionary gagal memberikan pemahaman yang tepat tentang tafsiran
alkitab tentang hal ini.
[95]Seperti temuramah dengan
Pdt Porodong dan semua yang ditemuramah bersetuju dengan fakta ini
[96]Menurut temuramah dengan
Pn. Tiamim
[97]Semua penerangan ini
didapati daripada temuramah dengan En. Masandur, En. Apin, Puan Tiamim dan En.
Tain
[98]Seperti penerangan awal,
mengorek lubang hanya untuk tujuan pengkebumian sahaja yang dibenarkan
[99]Menurut Pdt. Porodong,
beliaulah yang bertanggungjawab dalam kebanyakan pemilihan ketua kampong di
sekitar Parokhi Dandun termasuk di Dandun. Pada ketika itu kerajaan mewajibkan
untuk melantik satu ketua kampung untuk setiap kampung agar dapat didaftarkan
di dalam rekod kerajaan memerintah. Oleh kerana sedikit sekali yang celik huruf
maka kerajaan memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk mencadangkan
nama-nama yang boleh menjadi ketua kampung. Dengan rencana Tuhan, Pdt Porodong
hanya berkenalan rapat dengan Ketua Gereja sahaja. Maka beliau membuat keputusan
untuk mencadangkan kepada pemerintah ketika itu untuk menjadikan semua ketua
gereja itu sebagai ketua kampung. Dan puji Tuhan cadangannya diterima. Maka
dengan itu semua ketua gereja otomatik menjadi ketua kampung.
[100]Menurut Pdt. Porodong,
salah satu teknik menarik minat muda-mudi pada ketika itu untuk datang ke
gereja ialah dengan beliau mengadakan kelas tarian suku-suku yang terdapat di
Dandun. Ternyata muda-mudi bukan sahaja berminat untuk memperlajari budaya
sukunya sendiri tetapi juga daripada suku yang lain. Ini membawa kesan yang
baik itu menjadi agen penyatuan budaya, dan puji Tuhan kerana ianya berlaku di
dalam Gereja PCS.
[101]Pada ketika itu hanya
Gereja PCS Sahaja yang memiliki bot dan enjin sangkut
[102]Seperti temuramah dengan
Pdt. Porodong
[103]Menurut maklumat yang
diperolehi daripada Pdt Porodong. Sebahagian daripada mereka diketahui sudah
meninggal dunia. Sebahagian lagi tidak diketahui adakah masih hidup ataupun
sudah meninggal dunia. Sebahagian daripada mereka masih melayani sebahagian lagi
tidak lagi melayani kerana sudah uzur. Sebahagian daripada mereka ada yang
sudah ditahbiskan menjadi Pendeta ataupun tumpuk.
[104]Tidak banyak maklumat
yang diperolehi tentang angkatan pertama yang dihantar ke Sekolah Alkitab
Tinangol
[105]Seperti termuramah dengan
En. Apin Marudu
[106]Seperti temuramah dengan
Pdt. Porodong. Ada kalanya ketua gereja sendirilah yang masih mengamalkan
tangka-tangkal kerana kurang memahami erti kerohanian
[107]Seperti temuramah dengan
Pdt. Porodong. Ada sekali beliau pernah membakar tangkal dan azimat daripada
jemaatnya sebanyak 3 barazit besar
yang penuh. Ketika upacara membakar itu ternyata ada ketakutan, keraguan, berat
hati dan rasa sayang yang mendalam di dalam hati mereka
[108]Seperti temuramah dengan
Pn. Tiamim
[109] Hanya ditanya pendapat
secara spontan mengenai pendapat mereka tentang kedatangan injil di Dandun
Tahniah atas maklumat yang dikongsi. Sangat baik untuk pengetahuan semua anggota gereja dan masyarakat umum. Kalau ada undang-undang pertubuhan gereja PCS, harap dikongsi agar jemaat PCS mengetahui sejarah awal penubuhan gereja kita. Terima kasih. GBU 🙂
BalasPadam