BAB 1 ASAL USUL 1. Bagaimana kampung Rukom Ulu mendapat nama [1] Nama kampung Rukom Ulu berasal daripada sejenis pokok iaitu pokok Rukom. Disebabkan pokok ini berduri maka ia diberi nama pokok Rukom. Hal ini kerana, dalam bahasa Rungus rukom bermaksud “berduri”. Pada musim-musim tertentu pokok rukom ini juga akan menghasilkan buah sama seperti tumbuh-tumbuhan yang lain. Buah rukom hanya sebesar seperti biji guli sahaja. Kematangan buah pokok rukom boleh dilihat apabila ia berubah warna, hijau menandakan buah tersebut belum matang manakalah warna hitam menunjukkan bahawa buah tersebut telah matang/masak. Selain itu, buah ini juga selamat untuk di makan tambahan pula rasanya yang begitu manis. Apabila tepat pada musimnya pokok rukom ini akan berbuah. Buah rukom yang begitu manis menjadi kegemaran bagi kanak-kanak mahupun orang dewa...